Latihan Kesiapsiagaan Kebakaran Dan Dry Run Pengoperasian Hospital Medan ATM HSAJB

20 JUN 21 Sekitar latihan kesiapsiagaan kebakaran dan dry run pengoperasian Hospital Medan ATM HSAJB. Kesiagaan kini telah mencapai 100% dan kami telah bersedia untuk menerima pesakit yang akan ditempatkan di wad-wad mengikut kategori COVID-19 masing-masing bermula esok.

Sumber : Hospital Medan ATM HSAJB

Hospital Medan yang pertama dibangunkan di negeri Johor iaitu Hospital Medan, Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

Hospital Medan ini akan diselaraskan oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pembinaan Hospital Medan HSA ini diharap dapat membantu meningkatkan kadar perawatan dan kesembuhan penyakit COVID-19 di negeri Johor yang dilihat semakin membimbangkan saban hari.

Apa yang sedia maklum Hospital Medan ini akan menempatkan 60 buah katil wad biasa dan 4 katil icu bagi menampung keperluan selari dengan peningkatan kes Covid-19 di sekitar daerah Johor Bahru dan daerah sekitarnya.

Photo by HSAJB
Photo by HSAJB

Balai Bomba & Penyelamat Larkin

20hb Jun 2021 – Satu Latihan Kesiapsiagaan Kebakaran telah dijalankan di Hospital Medan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru. Latihan ini merupakan salah satu persediaan bagi menghadapi kebakaran dan bencana yang mungkin akan berlaku di dalam kawasan Hospital Medan sebelum membawa masuk Pesakit Covid 19 bagi tujuan rawatan perubatan. Antara yang terlibat adalah Anggota dari BBP Larkin, ERT HSAJB, Anggota ATM, dan PDRM.
Turut hadir bersama memerhati Latihan ini adalah Dr. Hj. Mokhtar bin Pungut @ Hj. Ahmad, Pengarah HSA, Mejar Doktor Mohd Khir Rezza bin Rahimi, Komander Hospital Medan ATM dan TPgB I Mohd Suhaimi bin Abd. Jamal, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Larkin.

Komen Anda?