Lapan Pasukan Berentap Di Suku Akhir TM Piala Malaysia 2022

ROAD TO FINAL 🏆 Tahniah diucapkan kepada 8️⃣ pasukan yang melangkah ke peringkat suku akhir TM Piala Malaysia 2022!

  1. Kuching City FC vs Sabah FC
  2. Kelantan FC vs Johor Darul Ta’zim
  3. Selangor FC vs Negeri Sembilan FC
  4. KL City FC vs Terengganu FC

Negeri Sembilan FC (NSFC) melangkah ke suku akhir Piala Malaysia meskipun seri 0-0 dengan Kedah Darul Aman (KDA) FC, pada aksi kedua pusingan 16 pasukan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, sebentar tadi.

Kemenangan 2-1 pada aksi pertama di Stadium Darul Aman, 22 Oktober lalu, memberi kelebihan buat skuad Hobin Jang Hobin untuk melangkah ke pusingan seterusnya.

Terengganu FC (TFC) melangkah bergaya ke suku akhir Piala Malaysia selepas menang dengan agregat 9-3 ke atas Sri Pahang FC pada aksi pusingan 16 pasukan.

Dalam perlawanan timbal balik yang berlangsung dalam hujan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di Gong Badak. malam ini, skuad Penyu kendalian Nafuzi Zain menumpaskan Tok Gajah 4-2 selepas menang 5-1 pada aksi pertama di Stadium Darul Makmur Kuantan, Khamis lalu.

Kemenangan itu menyaksikan gergasi Pantai Timur itu bakal menentang Kuala Lumpur City FC (KL City FC) pada aksi suku akhir selepas skuad kendalian Bojan Hodak itu menang dengan agregat 4-0 menumpaskan PDRM FC.

Selangor FC tidak berhadapan masalah untuk meneruskan pemburuan gelaran ke-34 Piala Malaysia apabila mengesahkan slot ke suku akhir, malam ini.

Mereka mengungguli aksi kedua pusingan 16 pasukan dengan menewaskan pasukan Liga Perdana, Kelantan United FC (KUFC) 1-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Keputusan itu menyaksikan skuad bimbingan Tan Cheng Hoe itu menghimpun agregat 3-0 untuk menempah pertemuan dengan Negeri Sembilan FC (NSFC) di suku akhir.

Kuala Lumpur City (KL City) FC menempah tiket ke suku akhir Piala Malaysia selepas menang 1-0 ke atas PDRM pada perlawanan di Stadium Bolasepak Cheras, sebentar tadi.

Walaupun hanya mencatatkan kemenangan tipis, skuad kendalian Bojan Hodak mampu tersenyum apabila menang 3-0 pada perlawanan pertama kedua-dua pasukan sebelum ini.

KL City akan bertemu Terengganu FC yang menumpaskan Sri Pahang menerusi agregat 9-3.

📅 Jadual perlawanan peringkat suku akhir pertama dan kedua TM Piala Malaysia 2022!

– Sabtu, 5 November:
Kuching City FC 🆚 Sabah FC
Kelantan FC 🆚 Johor Darul Ta’zim

– Jumaat, 11 November:
Sabah FC 🆚 Kuching City FC
Johor Darul Ta’zim 🆚 Kelantan FC

– Ahad, 6 November:
Selangor FC 🆚 Negeri Sembilan FC
Kuala Lumpur City FC 🆚 Terengganu FC

– Sabtu, 12 November:
Negeri Sembilan FC 🆚 Selangor FC
Terengganu FC 🆚 Kuala Lumpur City FC

TMPialaMalaysia2022

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?