fbpx

Langkah Pencegahan, Pusat Latihan JDT Di Padang Seri Gelam Disanitasi

PUSAT LATIHAN JDT DI PADANG SERI GELAM DISANITASI SEBAGAI LANGKAH PENCEGAHAN COVID-19

Pusat Latihan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di Padang Seri Gelam telah melalui proses pembasmian kuman yang dilakukan oleh Pro Green Equipment & Services, sebuah syarikat Johor yang menggunakan produk buatan Jerman yang telah diuji terhadap pelbagai jenis virus seperti wabak Covid-19 pada masa ini dan banyak lagi.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah mengarahkan agar kesemua fasiliti-fasiliti milik JDT melalui proses sanitasi yang kerap sementara kita turut sama-sama melawan penularan wabak Covid-19 yang menjejaskan seluruh dunia. Luaskan Kuasamu Johor.

Hidup Johor Demi Johor

Komen Anda?