Lagenda “9” Ronaldo Tiba Di Johor, Tonton Aksi JDT Dalam Saingan Liga Juara-Juara AFC Malam Ini

Lagenda Brazil, Ronaldo Luis Nazario de Lima sudah tiba di Johor Bharu dan bakal hadir ke Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin untuk menyaksikan perlawanan AFC Champions League di antara JDT menentang kelab dari korea selatan, Gyeongnam FC malam ini.

KUALA LUMPUR 12 Mac – Johor Darul Ta’zim (JDT) menerima suntikan motivasi untuk menghadapi Gyeongnam FC dalam aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) apabila legenda Brazil, Ronaldo akan turut menyaksikan perlawanan tersebut di Stadium Tan Sri Hassan Yunor, Larkin, malam ini.

Juara Piala Dunia 1994 dan 2002 itu selamat tiba di Johor dibawa melihat prasarana dan infrastruktur yang dimiliki oleh skuad Harimau Selatan itu di Pusat Latihan Padang Seri Gelam sebentar tadi.

Kehadiran bekas pemain Real Madrid, Barcelona dan AC Milan itu pasti menyemarakkan lagi semangat pemain JDT untuk memburu kemenangan pertama pada perlawanan malam ini. – UTUSAN ONLINE

JUARA PIALA DUNIA DUA KALI, RONALDO TIBA DI JOHOR BAGI MELAWAT INFRASTRUKTUR JDT DAN MENYAKSIKAN PERLAWANAN JDT DALAM SAINGAN LIGA JUARA-JUARA AFC

Pemain legenda Brazil, Ronaldo selamat tiba di Johor dan dibawa melihat prasarana dan infrastruktur yang dimiliki oleh Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di Pusat Latihan Padang Seri Gelam pada 12 Mac 2019.

Bertambah menarik, satu lagi sejarah yang cukup manis buat JDT apabila Pemain Terbaik Dunia sebanyak tiga kali dan pernah bermain untuk Barcelona, Real Madrid, AC Milan and Corinthians ini akan menyaksikan perlawanan sulung Liga Juara-Juara AFC (ACL) di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin menentang kelab Republik Korea, Gyeongnam FC pada malam ini.

Ayuh para penyokong Harimau Selatan, kita penuhkan sekali lagi Stadium Larkin pada malam ini dan berikan sokongan padu anda kepada JDT kerana mereka memerlukan sokongan keramat anda sebagai pemain ke-12 serta jadilah sebahagian dari sejarah berharga ini. Luaskan Kuasamu Johor.

Legend Brazil Ronaldo ( Juara Piala Dunia 2x ) telah selamat tiba di bumi Jauhar .

Selamat Datang ke Negeri Johor Darul Ta’zim .

Jumpa kami malam ini di Stadium Tan Sri Hassan Yunos , Larkin .

Sumber : hrhcrownprinceofjohor

Komen Anda?