Lagenda “9” Ronaldo Berkemungkinan Akan Mewarnai Stadium Larkin Menyaksikan Perlawanan AFC

Setelah menyaksikan kehadiran pelbagai nama besar arena bolasepak dunia, Stadium Larkin bakal menerima pula kedatangan bekas bintang bolasepak dunia Ronaldo untuk menyaksikan juara Liga Super itu menentang Gyeongnam FC dari Korea Selatan dalam aksi Liga Juara-Juara Asia pada 12 Mac.

Ia diumumkan sendiri JDT di laman rasmi JST.

Ronaldo yang pernah menjulang Piala Dunia dua kali dan turut pernah dinobatkan pemain terbaik dunia dijadual akan mengadakan perbincangan dengan Tunku Ismail Sultan Ibrahim tentang prospek menghantar pemain muda JDT untuk menimba ilmu dengan skuad Real Valladolid B yang beraksi di Segunda Divisyen B.

Sebagai rekod, Ronaldo adalah pemegang majoriti saham kelab Real Valladolid.

Sumber : La BOLA Malaya

Roberto Carlos, Neymar, Ronaldo.
BEKAS PEMAIN ‘GALACTICO’, RONALDO MUNGKIN HADIR DI LARKIN BAGI MENYAKSIKAN PERLAWANAN JDT DALAM SAINGAN LIGA JUARA-JUARA AFC

Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos bermungkinan bakal menyaksikan kehadiran seorang lagi legenda bola sepak pada minggu hadapan apabila Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi tuan rumah buat pertama kalinya dalam perlawanan Liga Juara-Juara AFC, menentang Gyeongnam FC dari Korea Selatan pada 12 Mac.

Pemenang Piala Dunia sebanyak dua kali dan tiga kali dinobatkan selaku Pemain Terbaik Dunia, Ronaldo yang merupakan pemegang majoriti saham pasukan La Liga, Real Valladolid, juga dijadualkan akan mengadakan perbincangan dengan pemilik JDT DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, bagi membincangkan kemungkinan para pemain muda JDT yang bercita-cita besar untuk menimba ilmu dengan skuad Real Valladolid B yang beraksi dalam saingan Segunda Division B.

JDT sebelum ini pernah menghantar Gary Steven Robbat menjalani latihan bersama pasukan Jerman, Borussia Dortmund sementara Syamer Kutty Abba dan Dominic Tan ke Portugal pada tahun 2018. Jurulatih dari Dortmund dan kelab Sepanyol, Valencia CF juga terlibat dalam pembangunan akademi JDT, termasuk penubuhan dan turut terlibat dalam ‘blueprint’ JDT.

Ronaldo bakal menyertai senarai bintang-bintang handalan bola sepak, pada zaman dahulu dan sekarang, yang sama ada pernah bertandang ke Johor atau bertemu DYAM Tunku Mahkota Johor. Antara mereka termasuklah David Beckham, Cristiano Ronaldo, Lionel Messi, Ryan Giggs, Mesut Ozil dan ramai lagi. Luaskan Kuasamu Johor.

Sumber : JOHOR Southern Tigers

Komen Anda?