fbpx

Kualiti Tinggi, Pesona Bintang Dan Kehilangan Fokus – Luciano Figueroa

Kami bermain baik untuk 15 minit pertama tetapi mula perlahan selepas itu. Pada pendapat saya, masalah utama selepas gol ketiga itu adalah kami sudah mula hilang kepercayaan. Anda akan lupa segalanya apabila anda hilang kepercayaan – apa yang dilakukan dalam latihan, falsafah kami dan taktik kami.

Kita semua sedar bahawa Vissel Kobe adalah sebuah pasukan yang berkelas tinggi, kelab paling banyak berbelanja di Jepun. Malah pemiliknya juga telah menaja FC Barcelona. Mereka berbelanja banyak dalam falsafah bola sepak dan mereka melakukannya dengan baik. Pemain kebangsaan Jepun, termasuk Iniesta adalah berkelas tinggi.

Saya juga merasakan pemain kami bagaikan terpesona dengan kelibat Iniesta. Mereka tidak bermain cara biasa dan lebih banyak memerhati beliau, dan sikap memerhati bola ini telah menghukum kami.

Bagaimanapun ianya adalah satu proses pembelajaran yang baik untuk kami berkembang dan memahami apa yang diperlukan untuk bermain di peringkat tinggi ini. Saya harap kami akan lebih baik dan untuk mencapainya kami perlu bekerja lebih keras. Saya teruja untuk bekerja bersama Benjamin Mora dan para pemain untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan dan melakukan yang terbaik untuk setiap perlawanan musim ini.

Luciano Figueroa, Pengurus Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim

Hidup Johor Demi Johor

JDT Tumpas Kepada Vissel Kobe

Posted by Satu Johor on Rabu, 12 Februari 2020

Komen Anda?
Terima kasih kerana terus berada di rumah!

Duduk rumah, penjarakan sosial, amalkan kebersihan, putuskan rantaian penularan Covid-19 dan ikuti saranan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak berkuasa.