KM Mulia Selamat Tiba Di Home Port Selesai Operasi Aman

KM MULIA SELAMAT TIBA DI HOME PORT SELESAI OPERASI AMAN SELAMA SEBULAN

KOTA TINGGI, 19 April – Kapal Maritim (KM) MULIA selamat tiba di Tambatan Pangkalan Tanjung Pengelih, Kapal Diraja Sultan Ismail awal pagi ini setelah selesai melaksanakan Operasi Aman dikoordinasikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam Misi Bantuan Kemanusiaan yang melibatkan migran.

KM MULIA disambut ketibaannya oleh Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Kepten Maritim Mohd Zulfadli bin Nayan bersama pegawai dan warga Zon Maritim Tanjung Sedili.

Menurut Zulfadli, KM MULIA yang beroperasi di bawah Zon Maritim Tanjung Sedili ditugaskan ke Maritim Negeri Kedah dan Perlis sejak sebulan lalu bagi mengekang kemasukan migran melalui jalan laut ke Malaysia.

Sebagai langkah keselamatan dalam pencegahan penularan wabak COVID-19, kesemua 18 pegawai dan anggota KM MULIA dibuat saringan kesihatan untuk COVID 19 dengan bantuan sembilan anggota 813 Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT) TLDM Tanjung Pengelih. Kapal juga telah disinfeksi juga oleh 813 RSAT sebagai langkah pencegahan.

Photo By Maritim Malaysia

“Jasa dan pengorbanan anggota kapal dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan bagi memastikan kesejahteraan samudera negara kekal terpelihara walaupun terpaksa meninggalkan keluarga tercinta amatlah dihargai dan disanjungi,” ujar beliau lagi.

Zon Maritim Tanjung Sedili juga mengucapkan setinggi- tinggi terima kasih dan penghargaan kepada 813 RSAT atas khidmat dan bantuan.

KM MULIA SELAMAT TIBA DI HOME PORT SELESAI OPERASI AMAN SELAMA SEBULANKOTA TINGGI, 19 April – Kapal Maritim (KM) MULIA…

Posted by Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia on Sabtu, 18 April 2020

Komen Anda?