KLFA Ikut Jejak Kedah, Heret Ke CAS “Syazwan Andik”

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) sedia mengheret kes perpindahan Syazwan Andik ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) seperti yang dilakukan oleh Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) berhubung isu perebutan Akhyar Rashid bersama Johor Darul Ta’zim (JDT).

Menurut Setiausaha Agung KLFA, Nokman Mustaffa, pihaknya kini dalam proses terakhir untuk memfailkan aduan kepada Jawatankuasa Status FAM selepas mendakwa Syazwan ‘mungkir janji’ untuk melanjutkan kontrak bersama skuad The Hawks.

Bagaimanapun, keputusan untuk mengheret ke CAS hanya akan dibuat sekiranya KLFA tidak berpuas hati dengan keputusan Jawatankuasa Status FAM.

“Kami pun akan buat (heret ke CAS), kami ada alasan tersendiri Syazwan hak kami. Tapi kalau JDT kata itu hak dia terpulanglah.

“Tapi pada saya, kami tetap akan hantar surat kepada FAM untuk menerangkan apa yang berlaku dari mula dia setuju nak kekal dengan Kuala Lumpur hingga akhirnya dia buat tindakan keluar,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran logo baharu MFL di sini, hari ini.

Syazwan pernah beraksi bersama JDT II sebelum menyertai Kuala Lumpur pada 2017.

Prestasi konsistennya sejak bersama skuad warga kota selain beraksi dengan skuad kebangsaan menyaksikan khidmatnya diburu beberapa pasukan sebelum dia akhirnya membuat keputusan untuk kembali ke negeri kelahirannya.

Terdahulu, Syazwan bergelar ejen bebas apabila dia sendiri mengesahkan kontraknya bersama Kuala Lumpur sudah berakhir.

Dia menjelaskan kontraknya bersama pasukan itu ditamatkan selepas pasukan itu berdepan tunggakan gaji selama dua bulan bagi November dan Disember.

Sumber : BHarian Online

ISU SYAZWAN ANDIK | KLFA Mahu Bawa Ke FAM

Ketika pemain muda kebangsaan, Syazwan Andik Ishak memilih Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai pasukan baharunya sebaik menamatkan kontraknya bersama Kuala Lumpur.

Sementara itu, Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) nampaknya tidak mahu sewenang-wenangnya melepaskan pemain berkenaan.

Sebeliknya, KLFA mahu memanjangkan isu ini kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Video:-

KFA Tetap Nak Bawa Kes Akhyar Ke FIFA Dan CAS

KLFA Juga Mahu Heret Kes Syazwan Andik Ke Suruhanjaya Sukan Malaysia Juga Mengheret Kes Ini Ke Badan Induk Bolasepak Malaysia.. dan CAS

Yang Paling Menakjubkan Ialah…

JDT Tetap Tenang..

Komen Anda?