KL City, PSM Makassar Catat Keputusan Seri

Kuala Lumpur City menamatkan perlawanan pertama mereka berkongsi 1 mata bersama PSM Makassar. Sengit perlawanan ini tetapi banyak juga peluang yang dicipta oleh kedua-dua pasukan.

KL City gagal jinakkan PSM Makassar

Ketumpulan jentera hadapan nyata merugikan Kuala Lumpur City FC (KL City) apabila terpaksa berkongsi satu mata dalam aksi pertama Kumpulan H saingan Piala AFC selepas seri tanpa jaringan dengan kelab Indonesia, PSM Makassar di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, di sini, malam tadi.

KL City yang menjuarai Piala Malaysia pada musim lalu seharusnya mampu menamatkan aksi dengan kemenangan namun beberapa percubaan dinafikan tiang dan palang yang menyelamatkan pelawat.

Dalam aksi itu, PSM Makassar yang muncul juara Piala Indonesia pada 2019 lalu turut memberi cabaran ke atas skuad kendalian Bojan Hodak itu.

Begitupun, serangan anak buah Bernardo Tavares berjaya diimbangi skuad Warga Kota yang lebih menyerlah menerusi serangan balas.

Peluang keemasan tuan rumah sebenarnya hadir pada babak kedua apabila rembatan Romel Morales terkena tiang gol di minit ke-58 ketika penjaga gol PSM Makassar sudah pun tertewas.

Sembilan minit kemudian, palang pula menjadi penghalang apabila tandukan Irfan Zakaria singgah ke palang gol selepas memanfaatkan sepakan penjuru yang diambil ketua pasukan, Paulo Josue.

Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali yang di masukkan pada 10 minit terakhir hampir mencatat nama selaku penjaring namun gerakkannya berjaya dihalang penjaga gol pelawat dan kedudukan tanpa gol itu kekal hingga tiupan wisel penamat.

Selain KL City dan PSM Makassar, Kumpulan H turut dihuni wakil Singapura, Tampines Rovers.

Selepas sini, PSM Makassar akan berdepan Tampines Rovers, Isnin ini sebelum aksi terakhir kumpulan menemukan KL City dan Tampines Rovers pada 30 Jun ini. Sumber : Harian Metro

Kedudukan terkini kumpulan H & G di #AFCCup2022.

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?
%d bloggers like this: