KL City FC Julang Trofi Ulang Tahun Ke-100 Piala Malaysia

Kl City FC berjaya muncul juara Piala Malaysia 2021 apabila menewaskan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) 2-0 di perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi

Johor Darul Ta’zim Tetap Di Hati.. Jumpa lagi Tahun depan.. #LuaskanKuasaMuJohor

Kemenangan itu membolehkan skuad ‘Warga Kota’ mengucapkan selamat tinggal kepada penantian 32 tahun untuk memenangi piala keagungan itu yang juga gelaran keempat mereka selepas kali terakhir memenanginya pada 1989.

Lebih manis, bukan setakat mengesahkan kejuaraan tanpa sebarang kekalahan dalam kempen Piala Malaysia malah mereka juga meraih tiket ke Piala AFC musim depan.

Pada aksi terbabit, Bergson da Silva jelas membuatkan KL City tidak ‘senang duduk’ kerana sesuatu dirasakan mampu tercetus setiap kali pemain itu memegang bola dan berada dalam kotak penalti.

Hanya dalam 10 minit pertama, pemain dari Brazil itu berpeluang membuka jaringan namun gerakannya ditutup Giancarlo Gallifuoco pada minit ketiga sebelum rembatannya dinafikan palang gol pada minit kelapan.

Ketangkasan Kevin Mendoza pada babak pertama pasti mengecewakan JDT selepas penjaga gol dari Filipina itu cemerlang menafikan beberapa percubaan berbahaya daripada JDT.

Separuh Masa Kedua

66′ GOL | Zhafri Yahya menyudahkan hantaran J. Partiban untuk gol pembukaan malam ini!

74′ GOL | Kapten pasukan, Paulo Josue menggandakan kelebihan KL City FC!

Mendoza juga memastikan malam KL City terus bergaya apabila beraksi seperti ‘super hero’ pada babak kedua untuk memastikan JDT pulang tanpa sebarang gol.

#LuaskanKuasaMuJohor

Komen Anda?
%d bloggers like this: