Kim Pan Gon Telah Melantik Safawi Rasid

Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon melantik Safawi Rasid sebagai salah seorang daripada tiga kapten skuad Harimau Malaya.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan berkata, Safawi akan bersama-sama Syafiq Ahmad dan Dion Cools bagi menghadapi edisi ke-48 Piala Raja Thailand 2022 di Chiang Mai bermula 22 September ini.

“Syafiq dan Dion sebelum ini bersama-sama penjaga gol, Farizal Marlias dan Safiq Rahim merupakan empat kapten Harimau Malaya ketika kempen Kelayakan Piala Asia 2023, Jun lalu.

“Tetapi dengan ketiadaan Farizal dan Safiq bagi kem latihan pusat kali ini, Safawi telah dinamakan sebagai pengganti untuk membentuk gandingan tiga kapten Harimau Malaya untuk ke Chiang Mai,” kata FAM di Facebook, pada Ahad.

Skuad Harimau Malaya bakal berdepan Thailand pada aksi pertama bagi edisi ke-48 Piala Raja Thailand (48th King’s Cup) 2022 di Stadium Chiang Mai, Thailand pada 22 September ini.

Satu lagi perlawanan menyaksikan skuad Trinidad & Tobago berdepan Tajikistan di venue dan tarikh yang sama.

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?