Ketua Polis Johor Turun Padang Pantau OP Covid-19

KETUA POLIS JOHOR TURUN PADANG PANTAU OP COVID-19

JohorBahru, 26 Mac 2020 – YDH CP DATO’ AYOB KHAN BIN MYDIN PITCHAY, Ketua Polis Johor telah membuat Lawatan Op Covid-19 di Pasar Awam dalam kawasan Wilayah Iskandar. Antara tempat yang dilawati ialah Pasar Borong Pandan, Pasar Awam Taman Johor Jaya, Pasar Awam Taman Ungku Tun Aminah, Pasar Awam Gelang Patah dan Puteri Harbour International Ferry Terminal.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memantau pergerakan orang awam yang berkunjung ke pasar awam dan memastikan orang awam mengikuti langkah-langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) wabak Covid-19.

YDH CP DATO’ AYOB KHAN BIN MYDIN PITCHAY menasihati orang ramai supaya mengikuti langkah-langkah PKP kerana selepas ini tiada lagi amaran kepada individu yang ingkar dan tindakan sewajarnya akan diambil.

KETUA POLIS JOHOR TURUN PADANG PANTAU OP COVID-19#JohorBahru, 26 Mac 2020 – YDH CP DATO’ AYOB KHAN BIN MYDIN PITCHAY,…

Posted by Polis Johor on Khamis, 26 Mac 2020

Komen Anda?