Ketua Polis Johor, Turun Padang Bagi Memantau Pemberian Vaksin

JohorBahru, 10 Jun 2021 – YDH CP DATO’ AYOB KHAN BIN MYDIN PITCHAY, Ketua Polis Johor, turun padang bagi memantau pemberian Vaksin Astrazeneca di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) PERSADA, Johor Bahru, Johor.

Tinjauan ini adalah bertujuan memantau kelancaran proses pemberian vaksin AstraZeneca di Negeri Johor yang bermula pada 07 Jun hingga 27 Julai 2021.

YDH Dato’ Ketua Polis Johor juga membuat lawatan di Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang dijangka beroperasi mulai 17 Jun ini.

Seterusnya Dato’ Ketua Polis Johor, membuat lawatan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega di Austin International Convention Centre, Mount Austin, Johor Bahru yang akan dibuka akhir bulan ini.

Turut hadir, YDH SUPT LIM JIT HUEY, Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, YDH DSP MOHD NAWI BIN YUNUS, Pegawai Turus Ketenteraman Awam Johor serta Pegawai-pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Selatan.

PrihatinPDRMJohor

Komen Anda?