Ketua Polis Johor Membuat Lawatan Di Kaunter Semakan Dan Pembayaran Saman Trafik IPD Pontian

Pontian, 24 Oktober 2020 – YDH CP DATO’ AYOB KHAN BIN MYDIN PITCHAY, Ketua Polis Johor telah membuat lawatan ke kaunter-kaunter semakan dan bayaran saman serta gerai-gerai pameran di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian . Program tersebut telah dianjurkan oleh IPD Pontian

Ketibaan YDH Dato’ Ketua Polis Johor, telah disambut oleh YDH SUPT MUSTAFA BAKRI BIN SALLEH, Ketua Polis Daerah Pontian.

Tujuan program ini diadakan adalah bagi mengalakkan orang ramai untuk membayar saman dengan tawaran diskaun sebanyak 50% mengikut kesalahan- kesalahan yang terpilih. Dengan adanya program ini pihak PDRM Kontinjen Johor dapat menyelesaikan saman-saman tertunggak serta meningkatkan kadar penyelesaian saman bagi Kontinjen Johor.

YDH Ketua Polis Johor menyeru orang ramai yang ingin berurusan di kaunter berkenaan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) yang ditetapkan.

Turut hadir sama, YDH SAC RAZIMI BIN AHMAD, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Johor, YDH SUPT KUMARASAN A/L MUNIANDY, Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Johor, Pegawai-pegawai kanan,anggota polis IPD Pontian serta pengamal media.

PrihatinPDRMJohor

POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA
Komen Anda?