Ketika Solat Dan Tiba-Tiba Didatangi Ribut Kuat Sehingga Menyebabkan Bumbung Rumah Terbang

Meninjau Rumah Mangsa-mangsa Ribut di Jalan Daud.

Pas Muar diwakili oleh Penyelaras Pusat Khidmat Parlimen Muar, Ustaz Mohamad Alif Baharum dan Sdr Roslan Abd Rahman, Pengerusi Lujnah Bencana Alam PAS Kawasan Muar.

#Moga Allah permudahkan urusan mangsa-mangsa.

Bumbung rumah penduduk diterbang ribut

MUAR – Lebih 50 buah rumah dianggarkan terjejas di sekitar bandar ini akibat angin ribut yang berlaku awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi, kesemua mangsa mendakwa ribut teruk berlaku selama hampir 10 minit menyebabkan kemusnahan di beberapa kawasan.

Antara lokasi terjejas adalah Jalan Sulaiman, Jalan Bentayan, Jalan Daud, Jalan Meriam termasuklah sekitar Tanjung Emas.

Seorang mangsa yang menetap di Jalan Meriam, Munah Nasir, 83 berkata, ketika kejadian, dia yang sedang menunaikan solat Subuh terkejut sebelum menggigil ketakutan.

“Masa tu makcik sedang solat dan tiba-tiba didatangi ribut kuat sehingga menyebabkan bumbung rumah terbang. Makcik yang terkejut dengan kejadian berlindung di suatu sudut sebelum didatangi oleh anak yang menghuni di kediaman sebelah.

“Anak (Jamaludin Hussein, 59) terus menutup suis pendawaian utama. Masa tu bumbung di seluruh bahagian rumah termasuk rumah anak rosak menyebabkan peralatan basah kerana dimasuki air,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, ADUN Bentayan, Ng Yok Howe berkata, lebih 30 buah rumah dilaporkan rosak di kawasannya.

Katanya, beberapa penghuni mengalami kerosakan di bahagian kediaman masing-masing selain tempat letak kenderaan juga musnah.

“Selain itu, ada pagar rumah yang tercabut dan pokok tumbang. Saya telah arahkan semua ketua kampung di bawah DUN Bentayan untuk bersedia memberikan perlindungan di surau buat sementara waktu jika rumah mereka tidak selamat didiami,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Takziah kepada mangsa ribut di Jalan Daud , Muar.

Moga tabah menghadapi dugaan.

Ribut bermula sekitar jam 6.00 pagi dan merosakkan 26 buak kediaman

Mempergerusi Mesyuarat Ac-hoc Bencana Ribut Angin Muar dengan Ahli-ahli Majlis, Penghulu, Ketua-Ketua Kampung, agensi-agensi kerajaan & Penubuhan Sukarelawan utk menyelaraskan tindakan-tindakan & bantuan-bantuan selepas bencena di kawasan Dun Maharani & Bentayan.

Sumber : NG Yak Howe

 37 Total Views,  1 Views Today

Komen Anda?