Kerteh FC Umum Carabao Sebagai Rakan Kongsi Minuman Tenaga Rasmi

Hubungan antara sesebuah pasukan bola sepak dengan penaja bagaikan ‘aur dengan tebing’ kerana masing-masing memerlukan antara satu sama lain.

Ini kerana dengan tajaan, ia dapat membantu perbelanjaan sesebuah pasukan bola sepak untuk mengharungi saingan liga, manakala penaja pula akan mendapat iklan pemasaran sekaligus dapat memberi pulangan keuntungan buat penaja.

Tidak dapat dinafikan banyak pasukan di Liga Malaysia bergelut untuk menarik penaja, tambahan pula selepas negara dilanda pandemik COVID-19.

Bagaimanapun Kerteh FC boleh dijadikan sebagai contoh oleh pasukan lain kerana mengumumkan Carabao sebagai rakan kongsi minuman tenaga rasmi dan juga rakan kongsi pakaian jurulatih latihan rasmi.

𝗖𝗮𝗿𝗮𝗯𝗮𝗼 𝗥𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗼𝗻𝗴𝘀𝗶 𝗠𝗶𝗻𝘂𝗺𝗮𝗻 𝗧𝗲𝗻𝗮𝗴𝗮 𝗥𝗮𝘀𝗺𝗶 𝗞𝗲𝗿𝘁𝗲𝗵.

Kelab Bola Sepak Kerteh (Kerteh FC) dengan sukacitanya mengumumkan Carabao sebagai rakan kongsi minuman tenaga rasmi dan juga rakan kongsi pakaian jurulatih latihan rasmi bagi musim 2022/2023 dengan pilihan sehingga 2025.

Hubungan inovatif ini akan membolehkan Carabao sebuah syarikat minuman tenaga terkemuka di Rantau Asia dan Eropah, mengembangkan kehadirannya di Malaysia dan pemasarannya dengan pendedahan besar yang diberikan apabila logo Carabao akan dipaparkan pada pakaian kakitangan kejurulatihan dari peringkat akar umbi sehinggalah ke pasukan utama Kerteh.

Carabao yang diasaskan pada tahun 2002 oleh penyanyi rakyat Thailand dan selebriti Aed Carabao. Logo Kerbau yang menampilkan burung merah adalah salah satu simbol komersil yang paling dikenali di Rantau Asia dan Eropah dengan tajaan English Football League atau lebih dikenali Carabao Cup.

Mengumumkan kerjasama itu, Mohd Razeman Mat Nashim, Presiden Kerteh FC, berkata: ‘Kami gembira dapat membentuk kerjasama baharu dengan Carabao yang merupakan satu jenama global dan sangat dikenali dalam industri ini. Kami juga mengalu-alukan rakan kongsi baharu kami ini sebagai penaja pakaian kakitangan kejurulatihan kelab.

‘Kami juga yakin dengan termeterainya kerjasama ini, ianya akan meningkatkan lagi daya saing kami dari segi komersil dan peluang untuk kami mengukuhkan asas perniagaan kelab kami. Sebagai balasan, jangkauan aliran perniagaan kami juga akan membantu Carabao Malaysia meluaskan lagi pasaran baharu mereka di Terengganu khususnya.’

Tan Kai Hong, Ketua Pegawai Eksekutif Carabao Malaysia berkata: ‘Kami berasa gembira menjadi sebahagian daripada keluarga Kerteh. Sejak 3 tahun lalu, Kerteh telah menjadi salah satu kelab yang mempunyai reputasi yang cemerlang. Kami sedang mencari peluang untuk berkembang dalam pasaran Malaysia dan telah mendapati Kerteh merupakan rakan kongsi yang akan membantu kami untuk mencapai objektif kami di Malaysia.’

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?