Keputusan Dan Kedudukan Terkini Liga Super LS5 LP5

Pasukan Kuala Lumpur (KL) City FC mengesahkan tiga mata apabila membenam Sabah FC 2-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, sebentar tadi.

Jelas tonggak import skuad The City Boys, Romel Morales terus menjadi duri dalam daging buat pasukan pelawat apabila menyumbang kedua-dua gol untuk memastikan kemenangan.

Negeri Sembilan FC (NSFC) memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila menewaskan PJ City FC, 3-1, dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.

Jaringan Herold Goulon, Sean Eugene Selvaraj dan Matheus Alves meletakkan NSFC memperbaiki kedudukan dalam carta liga hasil kemenangan kedua itu.

Sementara itu, Melaka United mencatat kemenangan 2-1 ke atas Sri Pahang di Stadium Darul Makmur, malam tadi.

πŸ“Š KEDUDUKAN – LS5

KEPUTUSAN MASA PENUH – LP5

Terengganu FC II (TFC II) terpaksa ‘mandi peluh’ sebelum melakar kemenangan 1-0 ke atas Kelantan United FC (KUFC) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, sebentar tadi.

Penyerang utama skuad The Turtles, Jordan Mintah muncul wira pasukannya apabila meledak gol penting itu pada masa kecederaan babak pertama.

Kelantan FC bangkit pada babak kedua untuk menenggelamkan Perak FC 3-1 dalam aksi Liga Perdana di Stadium Perak sebentar tadi.

Jelas semangat semata-mata tidak mencukupi buat pemain ubi muda tuan rumah untuk menandingi pemain pelawat.

Dalam perlawanan di atas padang basah, kedua-dua pasukan nempamer permainan bersemangat dan berbalas serangan.

πŸ“Š KEDUDUKAN – LP5

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?