Kepulangan Wira Negara Disambut Ke Kem Batalion 3 PGA

KEPULANGAN WIRA NEGARA, SJN 148715 NORIHAN A/L TARI KE KEM BATALION 3 PGA

Sjn 148715 Norihan A/L Tari pada hari ini telah dibenarkan keluar dari Hospital Pulau Pinang setelah menjalani rawatan akibat terkena tembakan semasa pertempuran dengan kumpulan penyeludup di Sektor TS9 sempadan Malaysia-Thailand pada 24hb November 2020 semasa penugasan Op Benteng Covid Wawasan Kedah /Perlis. Pertempuran ini juga telah mengorbankan Sjn 112512 Baharuddin bin Ramli di tempat kejadian.

Photo by Batalion 3, Pasukan Gerakan Am

Pada 06/12/2020 jam 1200 tengahari Pegawai Pemerintah Batalion 3 PGA, Ydh Supt Rosman bin Kasman dan isteri, Puan Zuraini binti Majid bersama Pen Pegawai Pemerintah, Dsp Mazian bin Zainal dan isteri, Puan Anita Maria binti Othman serta pegawai-pegawai kanan dan anggota Batalion 3 PGA telah hadir ke kem ini bagi menunggu dan menyambut kepulangan Wira Negara (Sjn Norian A/L Tari). Ketibaan masuk kenderaan yang membawa Sjn Norihan telah disambut dengan lambaian dan sorakan selamat pulang “wira negara” oleh warga Batalion 3 PGA yang menunggu dikiri dan kanan jalan.

Photo by Batalion 3, Pasukan Gerakan Am

▪️Ydh Supt Rosman bin Kasman telah menyerahkan Bendera Malaysia sebagai simbolik penghormatan atas penjuangan Sjn Norihan dalam mempertahankan kedaulatan negara di perbatasan. Seterusnya persembahan Tarian Perang oleh Platun Tracker Batalion 3 PGA telah dipersembahkan sebagai tradisi Senoi Praaq bagi menyambut ketibaan Wira Negara.

▪️Majlis pada hari ini turut dihadiri oleh Pn Relow A/P Ko iaitu balu kepada Sjn 112512 Baharuddin bin Ramli.

▪️Ydh Tn Rosman bin Kasman telah menyampaikan sumbangan dari warga Batalion 3 PGA / syarikat dan individu yang prihatin terhadap perjuangan dan pengorbanan Mendiang Sjn Baharuddin bin Ramli dan Sjn Norihan A/L Tari.

Photo by Batalion 3, Pasukan Gerakan Am

Didoakan semoga Sjn Norihan A/L Tari dapat sembuh dan kembali sihat seperti sedia kala, manakala keluarga mendiang Sjn Baharuddin bin Ramli tabah menghadapi ujian ini.

Kami warga Batalion 3 PGA akan sentiasa mengingati dan menghargai sumbangan kedua-dua Wira Negara ini selama-lamanya.
Kebajikan keluarga mereka akan sentiasa diberi perhatian.

Photo by Batalion 3, Pasukan Gerakan Am

Sekian, terima kasih.

 29 Total Views,  1 Views Today

Komen Anda?