Kenyataan Media YAB Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Hj Mohd Yassin

KENYATAAN MEDIA
YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
PENGERUSI PERIKATAN NASIONAL

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan dan seluruh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang bersetuju mencalonkan Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu.

Persepakatan ini membuktikan kerjasama erat parti-parti di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sepanjang Pilihan Raya Negeri Sabah baru-baru ini mendapat sokongan rakyat negeri ini.

Saya sangat menghargai semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh parti-parti dalam gabungan ini demi kepentingan dan masa depan rakyat Sabah.

Saya juga berdoa semoga Sabah terus kekal menjadi sebuah negeri yang aman dan makmur.

YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Pengerusi Perikatan Nasional