Kenyataan Media DYMM Sultan Johor

Saya sentiasa mengambil maklum perkembangan terkini wabak COVID-19 dan juga usaha-usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia dibawah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Susulan kes positif COVID-19 masih berlaku, saya melihat Perdana Menteri mengumumkan pelbagai tindakan serta langkah-langkah khususnya bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Perdana Menteri turut mengumumkan pelbagai inisiatif serta insentif dari semasa ke semasa bagi membantu rakyat khususnya yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19.

Saya ingin menzahirkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada Perdana Menteri kerana beliau bukan sahaja menggerakkan pelbagai tindakan bagi membendung penularan wabak COVID-19 malah Perdana Menteri juga amat memahami denyut nadi rakyat.

Perdana Menteri juga membuat pengumuman awal mengenai keputusan perlanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga 14 April ini. Saya melihat pengumuman awal ini suatu perkara yang tepat bagi memberi ruang kepada rakyat untuk membuat persiapan awal.

Malah, Perdana Menteri juga telah mengarahkan semua Kementerian untuk membuat persiapan rapi bagi mengurus keperluan asas sepanjang tempoh PKP berkuat-kuasa, ini sememangnya suatu tindakan yang baik dari kerajaan.

Saya juga amat berharap rakyat dapat mematuhi arahan-arahan yang telah dikeluarkan kerajaan supaya kita dapat membendung segera penularan wabak COVID-19.

Saya sentiasa berdoa agar situasi COVID-19 ini akan berakhir dengan segera. Inshallah.

DYMM SULTAN JOHOR SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR

ISTANA PASIR PELANGI, JOHOR BAHRU

25 MAC 2020

KENYATAAN MEDIA DYMM SULTAN JOHOR Saya sentiasa mengambil maklum perkembangan terkini wabak COVID-19 dan juga…

Posted by Sultan Ibrahim Sultan Iskandar on Rabu, 25 Mac 2020

Daulat Tuanku

Komen Anda?