Kempen Visit Johor 2020 Terus Diperhebatkan

Muar, 1 Februari – Bertempat di Stadium Sultan Ibrahim Muar, Tourism Johor terus menjalankan kempen Visit Johor 2020 dengan mengadakan kempen dan promosi menerusi pameran pelancongan serta bertemu dengan orang ramai bersempena Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020 yang telah memasuki hari ke-4, hari ini.

Expo yang dilangsungkan bertempat di Stadium Sultan Ibrahim, Muar ini terus mendapat sambutan hebat dari orang ramai yang berpusu-pusu datang berkunjung ke gerai-gerai jualan dan pameran disediakan oleh pihak penganjur termasuklah gerai pameran Tourism Johor.

Disamping mendapatkan info-info berkaitan kempen Visit Johor 2020 daripada Pegawai Tourism Johor yang bertugas, para pengunjung yang mengunjungi gerai ini turut tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan aksi menarik berlatar belakangkan imej logo dan ‘joh’ serta turut dipelawa untuk menjadi rakan FB Tourism Johor.

Expo ini akan dirasmikan oleh YAB Dato’ Dr. Shahruddin Bin Haji Jamal, Menteri Besar Johor pada 1 Februari 2020.

Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020 peringkat Daerah Muar akan menutup tirai pada Ahad, 2 Februari 2020.

Sumber : Tourism Johor

Komen Anda?