Kemalangan Babitkan Beberapa Kenderaan Di Sungai Buloh, Kereta Polis Turut Jadi Mangsa

Pandu Cermat Jiwa Selamat, Berhati-Hati Apabila Melalui kawasan kemalangan.

Satu kemalangan dilaporkan berlaku di Kilometer 457.6 arah Selatan dari Sungai Buloh ke Bukit Lanjan sebentar tadi yang melibatkan sekurang-kurangnya enam kenderaan.

23:23hrs Kemalangan Km 457.6 arah Selatan dari Sungai Buloh ke Bkt. Lanjan. Lorong tengah, Lorong kanan terhalang. Trafik perlahan 1.5Km. Pandu berhati-hati. @ LLMinfotrafik

0:06hrs Status terkini lorong kanan & tengah masih lagi ditutup. Trafik perlahan 2Km. @ LLMinfotrafik

4:31hrs Status terkini lorong kanan & tengah masih ditutup bagi kerja pengalihan. Trafik perlahan. @ LLMinfotrafik

5:19hrs Status terkini lorong tengah & kanan masih ditutup bagi kerja pengalihan. Trafik perlahan. @ LLMinfotrafik

6:01hrs Status terkini insiden selesai. Trafik lancar. @ LLMinfotrafik

Di laman Facebook, antara kenderaan lain yang terlibat ialah sebuah Toyota Vellfire, sebuah Chery Eastar serta sebuah lori. Manakala sebuah lagi kereta tidak dapat dikenalpasti.

Walaubagaimanapun, tiada sebarang maklumat mengenai keadaan mangsa telah dilaporkan setakat ini.

Sumber : FB Az Zahar/Info Kemalangan Jalan Raya(IKJR)

Sumber Video : Mohamed Mahdi

Facebook Comments