Kem Latihan Pusat Harimau Malaya Bermula

Kem Latihan Pusat Harimau Malaya Bermula

Skuad kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe turun menjalani latihan pertama di Wisma FAM, Kelana Jaya, petang tadi sebelum mereka berlepas ke Amman, Jordan, awal pagi esok bagi Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Jordan dan Uzbekistan.

Pemain Selangor FC, Sharul Nazeem Zulpakar yang turut hadir melapor diri, hari ini terpaksa digugurkan selepas pengesahan kecederaannya manakala pemain Terengganu FC, Shahrul Nizam Ros Hasni pula tidak hadir untuk melaporkan diri.

Dengan itu, hanya 22 pemain berada dalam senarai akhir untuk dua perlawanan tersebut termasuk dua pemain yang berpangkalan di luar negara, Dominic Tan dan Luqman Hakim Shamsudin yang akan menyertai pasukan setibanya di Amman.

FAM #HarimauMalaya

VIDEO: Komen Tan Cheng Hoe Selepas Harimau Malaya Lapor Diri Kem Latihan Pusat Oktober 2021.

Skuad Harimau Malaya akan mengharungi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Jordan pada 6 Oktober dan Uzbekistan pada 9 Oktober ini dengan kedua-dua aksi itu akan berlangsung di Amman, Jordan.

Komen Anda?