Keluarga DiRaja Johor Berangkat Ke Majlis Tahlil Sempena Hari Hol

KELUARGA DIRAJA JOHOR BERANGKAT KE MAJLIS TAHLIL SEMPENA HARI HOL

DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja berkenan berangkat ke Majlis Tahlil dan Bacaan Yasin di Masjid Sultan Abu Bakar hari ini (4 Oktober) sempena Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar.

Berangkat sama, isteri, YAM Che’ Puan Khaleeda Binti Bustamam.

Turut berangkat, YAM Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim dan YAM Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim

Majlis dimulakan dengan Bacaan Yasin dan tahlil yang dipimpin oleh Mufti Johor Dato Hj Yahya Bin Ahmad diikuti solat Maghrib berjemaah.

Hari Hol merupakan acara keagamaan sempena memperingati kemangkatan Almarhum Sultan-Sultan Johor yang diamalkan sejak tahun 1896, iaitu setahun selepas kemangkatan Almarhum Sultan Abu Bakar.

HARI HOL

Sabtu 5 Oktober 2019 Masehi, Bersamaan 6 Safar 1441 Hijrah.

“DAULAT TUANKU”.

AL-FATIHAH..