Kelab Hoki Ais JDT Lancarkan Logo & Jersi

Kelab Hoki Ais Johor Darul Ta’zim (JDT) telah melancarkan logo baharu, jersi dan memperkenalkan skuad itu pada sidang media di Ibu Pejabat JDT di Stadium Sultan Ibrahim hari ini.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor menzahirkan kesungguhan untuk meningkatkan profil sukan tersebut di Malaysia dan pada masa yang sama mengembangkan jenama JDT dengan lebih luas.

Gelanggang hoki ais akan dibina di Iskandar Puteri, Johor sementara akademi akan dinaiktaraf untuk melahirkan lebih ramai lagi bakat. Kelab Hoki Ais JDT juga akan menghasilkan barangan untuk dijual kepada orang ramai.

Kejohanan pertama akan disertai Kelab Hoki Ais JDT adalah Weekend Warriors League, sebuah liga domestik pada bulan Jun. 10 pemain telah dikenal pasti dan ditandatangani oleh kelab. Luaskan Kuasamu Johor.

Hidup Johor Demi Johor

JDT lancar skuad hoki ais

ISKANDAR PUTERI: Bukan sahaja pembabitan dalam bola sepak, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini mengorak langkah dalam sukan baharu iaitu hoki ais yang bakal membabitkan diri dalam kejohanan liga domestik, `Weekend Warriors League’ pada Jun depan.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, penyertaan dalam liga itu bukti kesungguhan JDT untuk meningkatkan profil sukan tersebut di Malaysia sekali gus mengembangkan lagi jenama JDT.

“Kita telah kenal pasti 10 pemain dan ditandatangani oleh kelab. Kesemua mereka berusia bawah 20 tahun, kecuali seorang pemain berpengalaman yang berusia 28 tahun.

“Ada antara mereka berpengalaman menyertai Sukan SEA. Sebagai persediaan kejohanan nanti, mereka kini giat berlatih di Sunway, Kuala Lumpur,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat JDT di sini, petang tadi.

Pada majlis itu juga, Tunku Ismail turut melancarkan logo baharu, jersi dan memperkenalkan skuad Hoki Ais JDT.

Mengulas lanjut, Tunku Ismail berkata, JDT juga akan membina gelanggang hoki ais di Iskandar Puteri, Johor yang dijangka membabitkan kos antara RM8 juta hingga RM9 juta selain akademi hoki ais JDT akan dinaiktaraf bagi melahirkan lebih ramai pemain berbakat.

 49 Total Views,  1 Views Today

Komen Anda?