fbpx

Kelab Bolasepak JDT Membuat Keputusan Menghentikan Perjualan Tiket

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah membuat keputusan untuk menghentikan penjualan tiket perlawanan menentang Felda United, yang dijadualkan pada Sabtu, 14 Mac 2020 sementara menunggu keputusan dari Malaysian Football League (MFL) tentang status pertandingan domestik ekoran penularan wabak COVID-19.

Penjualan dalam talian telah dihentikan seketika dan kaunter tiket di Stadium Sultan Ibrahim tidak akan dibuka Jumaat ini sehingga mendapat pengumuman dari pengelola liga. Sebarang kesulitan amat kami kesali. Keselamatan dan kesihatan Keluarga JDT sentiasa menjadi keutamaan kami.

Kapten Mohd Anizam Jamian, Setiausaha Kehormat Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim

Hidup Johor Demi Johor

Komen Anda?