Kejuaraan B-23 AFF 2022: Aksi Malaysia lwn Myanmar Dibatalkan

Perlawanan sulung Kumpulan B yang dijadual petang ini telah dibatalkan selepas Myanmar sah menarik diri daripada kejohanan berikutan kes positif COVID-19 dalam kalangan pemain mereka.

Terdahulu SKUAD bawah 23 (B-23) Indonesia menarik diri daripada menyertai Kejuaraan AFF B-23. Dalam pengumuman Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) pada tempohari, penarikan diri itu susulan beberapa aspek termasuk penularan jangkitan COVID-19.

Berdasarkan jadual perlawanan, Malaysia akan membuka tirai kempen dengan berdepan Myanmar di Stadium Prince pada petang ini, diikuti Laos tiga hari kemudian di venue sama.

Myanmar tarik diri sebelum aksi menentang Malaysia

KUALA LUMPUR: Skuad negara tidak perlu mengeluarkan peluh pada aksi pertama Kejuaraan Bawah 23 tahun (B-23) Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022, jam 5 petang ini selepas Myanmar menarik diri daripada kejohanan.

Penarikan diri itu dibuat Persekutuan Bolasepak Myanmar (MFF) susulan komplikasi COVID-19 yang melanda pasukan kendalian Velizar Popov.

Perkembangan itu diumumkan Presiden AFF, Mejar Gen Khiev Sameth menerusi satu kenyataan, hari ini.

“Dukacitanya dimaklumkan pasukan Myanmar terpaksa menarik diri daripada Kejuaraan B-23 AFF 2022. Kami memahami pasukan sememangnya bersemangat untuk memulakan kempen dan penyokong juga tidak sabar untuk menyaksikan pasukan masing-masing.

“Namun atas dasar kesihatan dan keselamatan semua pihak yang terbabit, kami faham keputusan yang terpaksa diambil.

“Kami mendoakan mereka yang dijangkiti dapat sembuh dengan segera,” kata Khiev Sameth.

Pasukan terbabit sentiasa menjalani ujian sebelum dan selepas di Kemboja namun susulan kes positif COVID-19 yang dilaporkan dalam kalangan pemain, penarikan diri terpaksa dibuat untuk mengurangkan risiko jangkitan.

Pemain dan pegawai yang diklasifikasikan sebagai kontak rapat juga diletakkan dalam pengasingan untuk tujuan pemerhatian.

Pasukan itu sepatutnya turun berdepan Malaysia untuk aksi pertama Kumpulan B, petang ini.

Susulan penarikan diri pasukan bimbingan Popov itu, perlawanan terbabit dibatalkan. Sumber : Berita Harian

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini

Komen Anda?