Kejohanan Hoki Dewan, Skuad Lelaki Negara Ke Final

Men’s Indoor Asia Cup 2022, Bangkok, Thailand

Round Robin – 14 August 2022

FULL TIME

Kazakhstan 1-1 Malaysia

22′ PS Muhammad Aslam Mohamed Hanafiah
30′ PC Daulet Urmanov

**MALAYSIA IN THE FINAL

KEJOHANAN HOKI DALAM DEWAN PIALA ASIA 2022 (LELAKI DAN WANITA): SKUAD LELAKI NEGARA KE FINAL

Penantian lapan tahun Skuad Hoki Dalam Dewan Lelaki negara untuk beraksi di final berakhir apabila Malaysia kembali ke pentas akhir Kejohanan Hoki Dalam Dewan Piala Asia 2022 (Lelaki dan Wanita) selepas mencatatkan keputusan seri 1-1 bertemu Kazakhstan dalam perlawanan terakhir Liga Satu Pusingan yang berlangsung di Stadium Tertutup Huamark, Bangkok Thailand, hari ini.

Malaysia yang berkongsi 11 mata keseluruhan bersama Kazakhstan dan Indonesia melangkah ke final selepas kelebihan jaringan meletakkan Skuad Negara di kedudukan kedua dan akan bertemu Iran yang muncul selaku pasukan di kedudukan teratas.

Kali terakhir Malaysia beraksi di pentas akhir Kejohanan Hoki Dalam Dewan Piala Asia adalah pada tahun 2014, Changhua, Taiwan, dan Malaysia tewas 1-5 kepada Iran pada pertemuan tersebut.

Esok pentas final akan sekali lagi menemukan Malaysia dengan Iran dan aksi tersebut akan berlangsung pada jam 6:00 petang, waktu Malaysia. Sumber & Gambar : MHC

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?