Kedudukan Liga Super LS21, Perlawanan Tertunda

UiTM ikat KDA FC di Darul Aman

ALOR SETAR: Kedah Darul Aman FC (KDA FC) gagal menepati ramalan apabila sekadar seri 3-3 pada aksi Liga Super menentang UiTM FC di Stadium Darul Aman sebentar tadi.

Tambahan satu mata diperoleh Kedah meletakkan kembali pasukan di tangga kedua selepas mengumpul 40 mata dengan kelebihan gol mengatasi Penang FC.

Kedah lebih awal mencecah kebuntuan dengan kapten, Baddrol Bakhtiar menyumbat gol sulung menerusi tandukan yang menewaskan penjaga gol UiTM pada minit ke-36 selepas menerima hantaran lintang Azamuddin Akil.

Kelebihan satu gol itu bagaimanapun tidak kekal lama apabila UiTM dihadiahkan sepakan penalti selang dua minit selepas itu apabila pertahanan Kedah, Renan Alves menjatuhkan Sean Gianneli dan kesempatan itu diambil Dennis Buschening untuk menyamakan kedudukan.

Seminit selepas bermula babak kedua, UiTM berjaya menambah gol kedua selepas hantaran leret Renan Alves dalam kotak penalti gagal disambar pemain Kedah dan ruang yang ada dimanfaatkan sepenuhnya Yonghyun Kwon untuk merembat kencang ke gawang.

Sedang Kedah cuba bangkit menyamakan kedudukan, UiTM sekali lagi mengejutkan tuan rumah menerusi gol ketiga Ariff Ar-Rashid yang menguis bola dari belakang pada minit ke-63.

Usaha Kedah yang memasukkan pemain simpanan, Muhamad Fikhrie pada minit ke-72, membuahkan hasil apabila sentuhan pertamanya melalui tandukan berjaya menambah gol kedua buat Kedah pada minit ke-73.

Tuan rumah yang tidak patah semangat terus menggandakan usaha dan akhirnya penyerang Kipre Tchetche kembali menceriakan pasukan apabila berjaya membolosi gawang UiTM untuk menyamakan kedudukan.

Sumber : Berita Harian

πŸ“Š KEDUDUKAN LIGA SUPER – LS21

Keputusan aksi Liga Super malam ini menyaksikan Kedah seri 3-3 dengan UITM di Darul Aman sekaligus melengkapkan perlawanan ke-21 liga.

Saingan 3 penjuru di antara Kedah, Penang dan Terengganu untuk merebut slot Piala AFC sekaligus mengiringi JDT beraksi di saingan peringkat Asia musim hadapan.

Skrip yang sama seperti tahun lepas, KDA FC bakal menentukan slot ke Piala AFC 2022 pada perlawanan terakhir, Ahad ini!

Next Game JDT #LS22 βš½β€οΈπŸ’™

πŸ† | LIGA SUPER 2021
⚽️ | JOHOR DARUL TA’ZIM VS KL CITY FC
πŸ“† | 12 SEPTEMBER 2021 (AHAD)
⏰ | 9.00 MALAM
🏟 | STADIUM SULTAN IBRAHIM

JDT Anjur Pertunjukan Bunga Api, β€˜in-car viewing party’ Rai Kejuaraan Liga Super

LuaskanKuasamuJohor

Komen Anda?