Kedudukan JDT Di Tangga Teratas Setelah Menewaskan Pasukan Lawan

AFC CHAMPIONS LEAGUE 2020 | 3 MARCH 2020

JDT [2-1] SUWON SAMSUNG BLUEWINGS
(Gonzalo Cabrera 13′(pen) / Maurício dos Santos Nascimento 73′)
(Terry Antonis 51′)

Hidup Johor Demi Johor

Photo By JOHOR Southern Tigers

JDT lolos sekatan PDRM

KUALA LUMPUR: Juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) dipaksa bekerja keras sebelum menang tipis 1-0 ke atas PDRM dalam aksi Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, sebentar tadi.

Taktikal PDRM yang lebih banyak ‘berkawad’ di hadapan gol hampir mengecewakan skuad Harimau Selatan itu sebelum kesilapan dalam tempoh enam minit terakhir menyaksikan tuan rumah dihukum dengan sepakan penalti yang disudahkan Diogo Santo.

Dengan JDT terus mengekalkan momentum kemenangan, skuad ‘The Cops’ masih tercari-cari lagi mata untuk mengurangkan defisit negatif dua mata pada musim ini.

Tanpa Safawi Rasid yang ‘direhatkan’, JDT tetap menguasai sebahagian besar permainan dan mencipta beberapa peluang pada babak pertama namun ia disia-siakan oleh pasukan pelawat daripada memperolehi gol pendahuluan.

Ketangkasan penjaga gol tuan rumah, See Tian Keat juga dilihat menjadi antara punca PDRM berjaya memastikan gawang mereka tidak dibolosi sepanjang tempoh 45 minit pertama sekali gus menyaksikan kedudukan terikat tanpa jaringan sehingga tamat babak pertama.

Tampil babak kedua dengan tekanan bagi memburu gol, JDT terus rancak memburu gol pertama namun kemasukan Gonzalo Cabrera dan Syafiq Ahmad pada babak kedua nyata belum mampu menembusi pertahanan ampuh PDRM.

Namun, Diogo memastikan mata penuh dibawa pulang apabila dia meledak gol kemenangan pada minit ke-84 walaupun pada mulanya sepakan penaltinya terkena tiang sekali gus memusnahkan impian skuad bimbingan Ishak Kunju Mohamad itu untuk berkongsi satu mata.

Selepas ini, JDT akan kembali ke Johor Bahru untuk melayan kunjungan FELDA United di laman sendiri sementara PDRM akan bertemu satu lagi ‘pendatang baharu’, UiTM FC di Shah Alam.

Sumber : Berita Harian

KEDUDUKAN PUSINGAN LS3 CIMB LIGA SUPER 2020

Photo By MFL

KEDUDUKAN PUSINGAN LP3 LIGA PREMIER 2020

Photo By MFL
Komen Anda?