Kedua-dua pasukan terpaksa akur untuk berkongsi 1 mata di perlawanan ini. Skuad #HarimauMalaya B-23 mempunyai banyak peluang tapi nasib tidak menyebelahi kita kerana bola banyak terkena palang gol.
Keputusan Masa Penuh
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 14, 2022
Bola Sepak Lelaki Sukan SEA 2021 | Sabtu, 14 Mei 2022
SINGAPURA πΈπ¬ 2-2 π²πΎ MALAYSIA
β½ Muhammad Shah Shahiran 7' Harhys Rizal Gareth Ian 78β
β½οΈ Luqman Hakim Shamsudin 4β Faiz Amer 82β#FAM #HarimauMalaya #Vietnam2021 pic.twitter.com/uh0OI247uz
Singapura tangguh impian skuad negara
Peluang meraih slot ke pusingan separuh akhir semakin terbuka apabila Skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara mencatatkan keputusan seri 2-2 bertemu Singapura pada perlawanan ketiga kumpulan B di temasya Sukan Sea Hanoi di Vietnam sebentar tadi.
Di petik dari laman Harian Metro, Walaupun dilihat skuad kendalian Brad Maloney lebih mengawal keseluruhan perlawanan yang berlangsung di Stadium Thien Truong namun kegagalan menterjemahkan sekurang-kurangnya lima peluang terhidang menyaksikan skuad B-23 negara terpaksa berpuas hati membawa pulang satu mata.
Separuh masa pertama menyaksikan skuad B-23 negara tidak perlu menunggu lama untuk memecah kebuntuan gol apabila penyerang sensasi negara Luqman Hakim Shamsuddin berjaya merembat masuk gol pertama seawal minit keempat perlawanan.
Kita peroleh gol pertama melalui Luqman Hakim menentang Singapura.
Kita peroleh gol pertama melalui Luqman Hakim menentang Singapura.
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) May 14, 2022
.#seagames2021 #sukansea2021 #semarakjuara #sokongmalaysia pic.twitter.com/vBzkfOPsqm
Kegembiraan skuad muda negara tidak berpanjangan apabila Singapura hanya memerlukan tiga minit saja untuk menyamakan kedudukan menerusi rembatan Nur Muhammad Shah Shahiran dari luar kotak penalti sekali gus menewaskan Azri Ghani.
Pasukan negara terus dahagakan jaringan apabila melancarkan serangan bertali arus ke kubu lawan dengan peluang keemasan terhidang pada minit 25 menerusi Mukhairi Ajmal Mahadi namun rembatannya berjaya ditepis penjaga gol lawan sekali gus memberikan kelegaan kepada pasukan Singapura.
Barisan serangan negara terus kempunan menambah gol apabila Luqman yang berhadapan satu lawan satu dengan penjaga gawang lawan gagal manfaat peluang terhidang apabila sepakannya sedikit tersasar.
Memasuki babak kedua pula menyaksikan Maloney memperkukuhkan jentera serangan dengan membawa masuk Hadi Fayyadh Abdul Razak bagi mencari gol kemenangan.
Namun lain pula yang terjadi apabila tonggak Singapura, Harhys Stewart meletakkan pasukannya di depan pada minit ke-78 selepas menolak masuk gol kedua berpunca keadaan kucar kacir di hadapan kubu Malaysia untuk kedudukan 1-2.
Faiz Amer muncul wira pasukan negara apabila menyumbat gol penyamaan ketika perlawanan berbaki lapan minit sekali gus memberi kelegaan untuk Malaysia membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata.
Tandukan oleh Faiz Amer membuahkan hasil walaupun diasak hebat oleh pasukan lawan
Tandukan oleh Faiz Amer membuahkan hasil walaupun diasak hebat oleh pasukan lawan #seagames2021 #sukansea2021 #semarakjuara #sokongmalaysia pic.twitter.com/Nve6mpxu3j
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) May 14, 2022
Perlawanan berkesudahan 2-2 sekali gus menyaksikan peluang untuk pasukan seperti Thailand dan Kemboja untuk melangkah ke separuh akhir masih terbuka.
Malaysia pula boleh dikatakan sudah layak ke separuh akhir apabila ketika ini mengumpul tujuh mata sekali gus mendahului kumpulan B dengan perlawanan masih berbaki satu lagi bertemu Kemboja Isnin ini. Sumber : Harian Metro
- Sentiasa Melihat Pemain Terbaik Yang ‘Available’
- Matthew Davies Tidak Kekok
- Susulan Kejadian Banjir Kilat, Skuad Kilat MBJB Turun Bantu
- JDT Meraikan Orang Kurang Upaya Di Stadium Sultan Ibrahim
- Sanusi Md Nor Sekali Lagi Mencetuskan Suasana ‘Panas’ Arena Bola Sepak
#LuaskanKuasamuJohor
PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.
LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor
Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.