Kedah Terpaksa Pulang Dengan Kekalahan kepada PSM Makassar

Kedah tumpas kepada PSM Makassar dalam aksi AFC Cup 2022 Asean Zone Semi Final di Stadium Captain I Wayan Dipta, Gianyiar, Bali. Sebentar tadi. PSM Makassar 2 – 1 KDA FC

Kedah cuba bangkit tapi hanya dapat menjaringkan satu saja gol sebelum tamat perlawanan daripada Fayadh Zulkifli.

Tamat saingan Kedah Darul Aman FC di AFC Cup. Kedah terpaksa pulang dengan kekalahan kepada wakil daripada Indonesia, PSM Makassar.

Makassar berada di depan pada minit ke-31 apabila Yakob Sayuri berjaya menampan masuk bola hantaran Muhammad Rizky Pratama.

⚽ 31′ Y SAYURI

Yuran Fernandes mengukuhkan kedudukan buat Makassar apabila dia menanduk masuk bola sepakan penjuru Muhammad Arfan pada minit ke-54.

⚽ 54′ Y FERNANDES

Lapan minit kemudian, malang menimpa Fernandes apabila dia dilayangkan kad merah selepas menerima kad kuning kedua yang menyaksikan Makassar terpaksa beraksi dengan 10 pemain.

KDA akhirnya berjaya mendapatkan jaringan pertama pada minit ke-86 menerusi percubaan Fayadh Zulkifli, namun ia sudah terlambat buat Sang Kenari walaupun seorang lagi pemain Makassar, Agung Mannan turut dilayangkan kad merah pada penghujung masa kecederaan.

Harapan Malaysia kini diletakkan ke atas bahu satu lagi wakil negara, Kuala Lumpur (KL) City yang akan menentang kelab Vietnam, Vietttel FC di Stadium Thong Nhat, Ho Chi Minh City, esok.

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?