Kedah, Sabah Terikat Di Darul Aman

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) terpaksa berpuas hati dengan satu mata apabila sekadar seri 1-1 pada aksi Liga Super menentang Sabah FC di Stadium Darul Aman sebentar tadi.

Kedah membuka tirai jaringan menerusi tandukan penyerang import Ronald Ngah seawal minit keenam, menewaskan penjaga gol Sabah, Khairul Fahmi Che Mat.

6′ GOL | Ronald Ngah membuka tirai jaringan seawal minit keenam!

Sabah cuba bangkit menerusi percubaan Gary Steven Robat pada minit ke-21, namun percubaannya melepasi palang gol.

Pemain Sabah Taiki Kagayama hampir menyamakan kedudukan lima minit kemudian, namun percubaannya berjaya ditepis penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal.

Mahmoud Al-Mardi memperoleh peluang keemasan pada minit ke-34 dalam kotak penalti selepas mendapat hantaran silang daripada kapten Kedah, Syazwan Zainon, namun percubaannya pula tersasar ke bahagian kiri gawang Sabah.

Bermula babak kedua, Sabah terus menekan tuan rumah menerusi kapten pasukan Baddrol Bakhtiar pada minit ke-64, tetapi percubaannya dinafikan Ifwat.

Pada minit ke-83, Sabah akhirnya menyamakan kedudukan menerusi jaringan Farhan Roslan yang mendapat hantaran daripada Saddil Ramdani. Sumber : BH

84′ GOL | Farhan Roslan menyudahkan hantaran lintang Saddil Ramdani untuk gol penyamaan!

📊 KEDUDUKAN LIGA SUPER -LS17

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?