Kedah Darul Aman Menewaskan Visakha FC

@kda_fc on fire! πŸ”₯ Separuh masa kedua ini mereka mengambil peluang sepenuhnya untuk menambah 3 jaringan lagi sekaligus mengikuti @KLCityFootball ke saingan ASEAN Zonal semi-finals! Mahmoud Al Mardi juga membuat hatrik malam ini. πŸ™Œ

Kedah mara dengan bergaya

Kedah Darul Aman (KDA) FC melengkap malam penuh bermakna buat Malaysia apabila layak ke separuh akhir Piala AFC selepas membelasah Visakha FC 5-1, malam tadi.

Kejayaan Kedah meraih tiket ke pusingan kalah mati Zon Asean itu adalah yang kedua selepas Kuala Lumpur City FC turut mara selepas muncul naib juara terbaik daripada tiga kumpulan Zon Asean.

Malah, kemenangan besar itu turut dipacu dengan jaringan hatrik pemain import yang baharu diambil, Mahmoud Al Mardi.

Pada aksi terbabit, Visakha terlebih dahulu mengejutkan anak buah Aidil Sharin Sahak menerusi tandukan Mohammed Faez Khan yang bermula dengan ‘gimik’ sepakan percuma selepas perlawanan ‘berusia’ 20 minit.

Namun, Kedah membalas menerusi penyudah kemas Mardi pada minit ke-28 sebelum Mardi meletakkan wakil negara itu di depan hasil sepakan percuma menarik di penghujung babak pertama.

Bersambung babak kedua, Mardi terus ‘mengganas’ apabila dia berjaya menyempurnakan hantaran Fayadh Zulkilfi sekali gus melengkapkan hatriknya pada minit ke-54.

Fayadh yang sebelum ini bertindak sebagai ‘arkitek’ gol ketiga menyumbang gol keempat Kedah pada minit ke-66

β€˜Kenduri gol’ diteruskan dengan jaringan kelima oleh Ronald Ngah Wanja pada minit ke-76.

Dengan kemenangan itu, Kedah muncul juara Kumpulan G. Sumber : Harian Metro

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?
%d bloggers like this: