Kedah Darul Aman FC Naik Ke Tangga Kedua Liga

Kedah Darul Aman FC naik ke tangga kedua liga dengan kemenangan hasil gol kemenangan Kpah Sherman pada babak pertama.

KDA FC menang lagi

Alor Setar: Kedah Darul Aman FC (KDA FC) terus menambah koleksi kemenangan selepas berjaya menewaskan Perak FC 1-0 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman malam ini.

Kemenangan kali keempat berturut-turut ini sudah pasti membuka peluang lebih baik untuk skuad hijau kuning yang kini mengumpul 38 mata dalam misi merebut tempat kedua Liga Super pada musim ini selepas Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan kedudukan selaku juara Liga Super.

Bagi Perak FC pula, kekalahan kali kelima berturut-turut pastinya pahit untuk ditelan kerana kekal berada dalam kelompok dua pasukan tercorot selepas 20 perlawanan berlangsung.

Pada perlawanan malam ini, KDA FC melalui penyerang utamanya Kpah Sherman bertidak cemerlang dengan berjaya meledak gol sulung buat tuan rumah melalui tandukan pada minit ke-19 sekali gus menewaskan penjaga gawang pelawat Azri Ghani selepas mendapat hantaran daripada Kipre Tchetche.

Peluang tuan rumah untuk menambah gol hampir menjadi kenyataan pada minit ke-22 apabila pengadil memutuskan sepakan penalti buat KDA FC selepas Kpah Sherman dijatuhkan oleh penjaga gol Perak FC.

Namun peluang keemasan itu gagal dimanfaatkan oleh kapten KDA FC, Baddrol Bakhtiar apabila percubaannya terkena tiang gol pelawat dan cubaan susulan dilakukan oleh Kpah Sherman juga turut terkena palang.

Perak FC cuba bangkit melakukan beberapa serangan pantas bermula dari bahagian tengah untuk mencari penyerang utamanya, Nana Poku namun usaha skuad Bos Gaurus itu gagal menghasilkan sebarang penyudah hingga tamat babak pertama.

Perak FC cuba memberi tekanan sebaik babak kedua bermula dengan percubaan Nana Poku dalam kotak penalti namun Ifwat Akmal lebih bersedia menampan bola percubaan itu.

Sumber : Harian Metro

πŸ“Š KEDUDUKAN LIGA SUPER – LS20

πŸ“Š KEDUDUKAN LIGA PREMIER – LP20

Next Game JDT #LS21 βš½β€οΈπŸ’™

πŸ† | LIGA SUPER 2021
⚽️ | TERENGGANU FC VS JOHOR DARUL TA’ZIM
πŸ“† | 04 SEPTEMBER 2021 (SABTU)
⏰ | 9.00 MALAM
🏟 | STADIUM SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN

Komen Anda?