Keadaan Laut Dan Cuaca Tidak Mengizinkan, Operasi Menaikkan “SUV” Putih Di Sambung Keesokkan Hari

Insiden di Jambatan Pulau Pinang:

Operasi membawa keluar kereta yang terhumban ke laut ditangguhkan pada 7.30 malam dan bersambung 7.30 pagi esok berikutan keadaan laut dan cuaca yang tidak mengizinkan. Cubaan pertama untuk membawa naik kira-kira pukul 6.30 petang ini gagal selepas satu tali yang digunakan tidak dapat memegang kenderaan tersebut.

Operasi ‘angkat’ SUV putih disambung esok

KERJA-KERJA mengangkat kenderaan utiliti sukan (SUV) Mazda CX-5 di perairan berhampiran Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang terpaksa dihentikan kerana cuaca gelap, jam 7.30 malam tadi.

Operasi berkenaan akan disambung jam 7 pagi esok, dan kerja penandaan sudah dilakukan serta hanya akan menunggu kren untuk mengangkat SUV terbabit.

Terdahulu, keadaan di atas jambatan agak sesak berikutan dua lorong terpaksa ditutup untuk pengguna jalan raya.

Lokasi di atas jambatan juga dipenuhi orang ramai terutama penunggang motosikal yang mahu melihat situasi sebenar kerja-kerja mengangkat kenderaan terbabit dilakukan.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, kenderaan itu yang terjatuh selepas terbabit dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang ditemui jam 4 petang ini.

Menurutnya, ia ditemui pada kedaalaman 15 meter berhampiran tiang 34 jambatan itu.

Katanya, usaha untuk menaikkan SUV terbabit akan dilakukan menggunakan kren.

Difahamkan, mayat mangsa turut ditemui di tempat duduk pemandu dengan masih memakai tali pinggang keledar.

Sumber : Harian Metro

Video:-

Penyelam berjaya menemui kereta.Mereka dalam usaha membawa naik kenderaan terbabit.

Video : Amirul Ainul – Jurukamera RTM

Video:-

Cubaan kedua menaikkan kenderaan SUV Mazda CX5 yang terjunam ke dalam laut selepas terbabit dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang awal pagi semalam.

 23 Total Views,  1 Views Today

Komen Anda?