KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Berkenan Menyaksikan Gerhana Matahari Di Perkarangan Istana Negara

MEDIA sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter tentu dipenuhi dengan foto gerhana anulus.

Pastinya ramai yang tidak mahu ketinggalan berkongsi foto fenomena yang menjengah langit seluruh dunia termasuk Malaysia, di media sosial masing-masing.

Ini termasuklah Raja Permaisuri Agong (RPA), Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berkongsi foto fenomena berkenaan di laman Twitter rasmi milik baginda.

https://twitter.com/cheminahsayang/status/1210097079315357696?s=21

KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan menyaksikan gerhana matahari di perkarangan Istana Negara, sebentar tadi.

Seri Paduka Baginda Tuanku diiringi oleh YAM Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.

📸: KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong

Komen Anda?