KDA FC Mengumumkan Pemain Tempatan Baharu Musim 2022

Syafiq Ahmad sah kembali ke pangkuan Kedah

PETALING JAYA: Selepas empat tahun meninggalkan Kedah, Syafiq Ahmad kembali ke pangkuan skuad Hijau Kuning selepas dipinjamkan oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) selama semusim.

Kepulangan penyerang berusia 26 tahun itu diumumkan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) hari ini.

Pemain yang berasal dari Sungai Ara, Pulau Pinang itu  watak yang amat dikenali oleh peminat bola sepak Kedah dan Malaysia.

Mula mencipta nama di peringkat remaja bersama SMK Tunku Anum, Syafiq mula mencuri perhatian apabila diserap ke skuad Piala Presiden Kedah selepas tamat pengajian pada 2013 dan antara pemain muda berusia 18 tahun yang mula mencipta nama bersama skuad utama Kedah..

Bersama pasukan Kedah ketika itu, Syafiq turut mewakili skuad kebangsaan dan seterusnya mendapat tawaran untuk bersama JDT.

Pengalaman beraksi bersama pasukan selatan tanah air itu cukup besar selepas menjuarai beberapa kejohanan tempatan dan turut beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara AFC.

Selepas empat tahun bersama JDT, musim 2022 Syafiq dipinjamkan kepada KDA FC dan kepulangannya bukan hanya memberi suntikan positif di bahagian serangan, malah mendapat sambutan hebat oleh penyokong Hijau Kuning.

“Usaha membawa pulang Syafiq Ahmad ke pangkuan KDA FC adalah mustahil tanpa perkenan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang membenarkan Syafiq dipinjamkan selama setahun.

“Kontrak pinjaman ini sudah pasti memberi suntikan motivasi buat Syafiq untuk lebih cemerlang di musim 2022.

“KDA FC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat Tunku Mahkota Johor bagi merealisasikan hasrat pengurusan pasukan dan barisan kejurulatihan untuk mendapatkan khidmat Syafiq Ahmad,” tulis Facebook rasmi KDA FC..

Sumber : Utusan Malaysia

Komen Anda?
%d bloggers like this: