KDA FC Dan Terengganu FC Terpaksa Lupakan Piala AFC

πŸ”Š AKSI KUMPULAN G, H, I DIBATALKAN, KDA FC TERPAKSA LUPAKAN PIALA AFC

Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) telah mengesahkan aksi bagi Kumpulan G, H dan I (Zon Asean) dibatalkan menjadikan dua wakil Malaysia iaitu KDA FC dan Terengganu FC terpaksa melupakan saingan Piala AFC musim ini.

Berita yang sedih untuk diterima setelah pelbagai persiapan telah dilakukan untuk menghadapi saingan kedua tertinggi peringkat kelab Asia selepas Liga Juara-Juara Asia (ACL).

KDA FC telah mendapat slot ke Piala AFC 2021 setelah menamatkan saingan CIMB Liga Super Malaysia 2020 di tempat kedua.

Dengan keputusan ini, KDA FC & Terengganu FC harus kembali menumpukan perhatian penuh kepada saingan Liga Super dan Piala Malaysia dalam misi merebut slot musim 2022 pula. Dengan pencapaian serta usaha yang ditunjukkan pada musim lalu, tidak mustahil untuk diulangi.

πŸ“† JADUAL PERLAWANAN LIGA SUPER 2021 – LS14

LigaSuper2021 bersambung kembali pada 24 Julai! πŸ”₯ Saksikan siaran langsung di

πŸ“Ί unifiTV 701-705
πŸ“² unifi playTV
▢️ YouTube unifi

Jadual siaran langsung di RTM akan dikemaskini nanti.

⛔️ Perlawanan akan berlangsung tanpa penonton.

Komen Anda?