fbpx

Kasih Seorang Anak, Adik-Beradik Pakat Buat Kejutan Hadiahkan Ibu Perodua Axia

Posting ni bukan nak riak atau menunjuk. Setiap orang ada ceritera masing². Dan ini cerita tentang tiket syurga kami. ?

Tiket Syurga.

Dah lama simpan niat. Alhamdulillah, Allah mudahkan. Mulanya nak submit awal tahun tp ada halangan lain, maka consider as hadiah hari jadi kot sebab birthday 14 Mei.

Ingat lagi. Dulu sekolah menengah, Mak yang hantar dan ambik balik asrama. Cerita 10-11 tahun lepas. Pakai Perodua Kembara yang tu lah dan sekarang kereta tu dah terlampau uzur. Start enjin pun tak pakai kunci dah, kena pakai screwdriver. Boleh bayangkan tak? ?

Nak jadi cerita, bulan Feb aritu makcik wassap. Start kereta pakai spanar katanya. Masa tu takleh bayang macam mana. Nasib baik makcik bgtau. Iyelah, mak abah takkan pernah cerita kesusahan diorg kt anak². Betul tak??Lepas tu balik raya aritu baru tahu, mmg condition kereta memang dah teruk. Dengan stereng tggal rangka ? Iyee, raya aritu baru tahu sebab dah lama tak balik Benut. Selalu jumpa mak abah kat KL je. ?.

So kebetulan kawan sekolah, Cikgu Muhammad Ariffuddin broker keta. Maka bermula lah episod submit dokumen. Since bulan Februari lg dah deal. Tapi terpaksa hold sebab ada masalah sikit dan baru Allah mudahkan bulan 6 ni. Syukur.

so bincang² dgn Mujahid Farouq Iskandar decide utk amik Axia. Iyelah, kongsi bayar so kena bncang jugak. Hehe. Berdebor jugak, alhamdulillah lulus. Tapi kereta lambat dpt sebab takde stock katanya.

Tuptup tetibe malam semalam Tuan Muhamad Hafiz Kamaludin call. Kata kereta dah ready. Terkejut den. Dah lah tgh teman anak warded.? Maka bermula episod nak delivery pulak. Macam² plannya. Iyelah nak buat surprisee kan. Menyamar agen Cuckoo kot kata nak servis water filter ?. So its today. Tuan Hafiz do a veryyy great job. Thanks tuan atas khidmat dan pertolongan.

Alhamdulillah walaupun jauh, sorang kt Penang sorang kat Pahang, dapat tengok that moment. Reaksi mak ! ? Hadiah tu tak seberapa kalau dibandingkan dengan pengorbanan dan doa² tanpa hijab mak abah. Jauh panggang dari api. Kita bg kereta tp mak balas dengan hadiah doa yang paling mahal. Tanpa hijab direct dgn Allah.

Posting ni bukan nak riak atau menunjuk. Setiap orang ada ceritera masing². Dan ini cerita tentang tiket syurga kami. ?

#FollowTheFlow

#TiketSyurga

#AdikBeradikSupport

Sumber : Fariq Asrhaf Jemix

‘Untukmu ibu’

“TIADA ibu bapa mahu berkongsi kesusahan dialami kepada anak-anak.

“Mereka tidak mahu anak-anak rasa terbeban apatah lagi masing-masing sudah ada komitmen,” luah Fariq Asrhaf Omar, 27, mengenai ibunya, Wasiah Abd Latif, 48, yang kerap mengalami masalah kereta rosak di jalan raya.

Katanya, Perodua Kembara itu digunakan ibu untuk menghantar mereka lima beradik sejak sekolah lagi.

“Kini kenderaan itu digunakan ibu bagi membeli barangan harian serta ke surau.

“Namun kekerapannya yang rosak membimbangkan saya dan adik beradik lain berikutan semua tinggal jauh manakala ibu dan ayah menetap di Benut, Pontian, Johor.

“Paling memilukan, apabila mak saudara menghantar pesanan WhatsApp Februari lalu memaklumkan setiap kali ibu hendak menghidupkan enjin kereta dia terpaksa menggunakan pemutar skru.

“Sejak itu, saya nekad menghadiahkan ibu kereta baru. Sepanjang hidupnya ibu hanya membeli barangan terpakai seperti telefon bimbit, kereta, barangan elektrik dan lain-lain bagi menjimatkan perbelanjaan,” katanya menetap di Butterworth, Pulau Pinang.

Terdahulu, perkongsian Fariq Asrhaf mengenai kisah itu di Facebook miliknya tular di media sosial dan mendapat pujian netizen yang mendoakan ibu bapa serta dirinya dimurahkan rezeki.

Mengulas lanjut, Fariq Asrhaf berkata, ibunya suri rumah manakala bapanya, Omar Bachok, 53, menjual buku lama dengan pendapatan tidak menentu.

“Pada mulanya saya merancang mahu hadiahkan kereta itu sebelum Aidilfitri lalu namun pinjaman bank tidak lulus atas faktor rekod kewangan.

“Perbincangan bersama abang, Farouq Iskandar Omar, 28, untuk berkongsi pinjaman berjaya sebelum Perodua Axia dikeluarkan Sabtu lalu,” katanya.

Katanya, disebabkan tidak dapat pulang ke kampung dia meminta jurujual menghantar kereta ke rumah ibunya dan merakam video situasi terbabit.

“Riak wajah ibu seakan sukar percaya dan menahan sebak. Jika saya ada di sana, pasti sudah peluk ibu.

“Sememangnya, hadiah itu tidak seberapa berbanding pengorbanan dan doa mereka selama ini terhadap anak-anak,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Komen Anda?