“Kantoi” Hantar Rokok Seludup Dengan MPV Cermin Gelap

“KANTOI ” HANTAR ROKOK SELUDUP DENGAN MPV CERMIN GELAP

Mersing, 21 Julai – Semasa melakukan rondaan / pemantauan Ops Benteng Covid dikawasan Jemaluang hingga Endau, 4 anggota Pasukan Ops Landai Pasukan Polis Marin Wilayah 2 Mersing dan 2 anggota IPD Mersing telah terserempak dengan sebuah M/kar jenis Produa Alza berwarna putih dalam keadaan mencurigakan dikawasan bandar Mersing. Setelah diekori sehingga Jalan Awang Daik, Mersing, M/kar tersebut telah ditahan untuk pemeriksaan. 1(L)(C)(D) berumur 18 tahun merupakan pemandu dan juga pemilik M/kar tersebut.

Hasil pemeriksaan telah menemukan sejumlah rokok tidak bercukai Kastam yang menyalahi undang – undang dibawah Akta Kastam 1967 yang di letakkan diruangan boot tempat simpanan barang dan tempat duduk belakang dengan ditutup dengan kain berwarna hitam. Semua rampasan rokok dan M/kar telah dibawa balik ke Pejabat PPM W2 Mersing untuk pemeriksaan selanjutnya.

Anggaran Nilai kasar rampasan berjumlah RM 61,315,20. Semua rampasan telah diserahkan kepada Pengawai Penyiasat BSJD IPD Mersing untuk tindakan selanjutnya.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 2 Johor, YDH ACP Hj. Muhd Zailani Bin Abdullah berkata, dengan adanya Operasi Bersepadu [ INTRA ] akan menghasilkan kejayaan antara PPM Mersing dengan Cawangan / bahagian IPD Mersing dapat memberikan kesan dalam membenteras kegiatan yang menyalahi undang – undang. Justeru itu, orang ramai diminta menyalurkan maklumat untuk membantu pihak polis membenteras kegiatan jenayah dan juga kegiatan yang menyebabkan negara kehilangan sumber cukai yang banyak dan merugikan negara. Semua maklumat boleh disalurkan ke talian 07 2372222.

“KANTOI " HANTAR ROKOK SELUDUP DENGAN MPV CERMIN GELAPMersing, 21 Julai – Semasa melakukan rondaan / pemantauan Ops…

تم النشر بواسطة ‏‎Pasukan Polis Marin‎‏ في الأربعاء، ٢٢ يوليو ٢٠٢٠

Tahniah PDRM

Komen Anda?