Kanak Kanak Bawah 12 Tahun Boleh Masuk Stadium

Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun akan dibenarkan untuk masuk ke stadium.

Ia selaras dengan fasa peralihan endemik bermula 1 April.

Menteri Belia dan Sukan berkata aktiviti makan dan minum di dalam stadium juga dibenarkan.

Namun, SOP pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial katanya masih perlu dipatuhi.

Tambah Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, MKN akan memperincikan lebih banyak kelonggaran SOP dalam masa terdekat.

Kanak-kanak dibenarkan masuk ke stadium

Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun akan dibenarkan masuk ke dalam stadium selaras dengan fasa peralihan endemik bermula 1 April ini, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Selain itu, Ahmad Faizal berkata aktiviti makan dan minum di dalam stadium yang sebelum ini tidak dibenarkan, kini dibolehkan.

Menurut laporan daripada Bernama, “Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengalu-alukan apabila stadium dan pusat kejohanan membenarkan penonton makan dan minum, selain kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dibenarkan masuk. Sudah tentu kelonggaran ini disambut baik oleh orang ramai.

“Namun prosedur operasi standard (SOP) untuk terus memakai pelitup muka jika tidak minum atau makan, serta penjarakan sosial perlu dipatuhi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Putrajaya Night Ride 2022 di sini malam ini.

Ahmad Faizal berkata Majlis Keselamatan Negara akan memperincikan lebih banyak kelonggaran SOP dalam masa terdekat.

Terdahulu, Ahmad Faizal melepaskan kira-kira 200 peserta program yang menyertai aktiviti berbasikal serta larian santai sejauh 10 kilometer, di sekitar Putrajaya.

Program inisiatif KBS itu, bertujuan memperkasakan agenda pembangunan belia dan sukan menerusi gaya hidup aktif dan sihat, termasuk dalam kalangan penjawat awam. – BERNAMA

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?