Kami Datang, Kami Sokong, Doakan Kami Pulang Sebagai Juara

Dunia bola sepak Malaysia hangat dengan perlawanan Piala Sumbangsih 2020 yang akan berlangsung pada malam ini 9.00 malam 28/02/2020 (Jumaat) ini di Stadium Sultan Ibrahim. Pelbagai ramalan dibuat oleh para penyokong. Apa yang pasti masing-masing akan menyokong pasukan kegemaran masing-masing. Apa pula pilihan anda yang bukan anak jati mana-mana pasukan dua negeri ini?

Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi akhirnya berjaya mendapatkan tiket bagi perlawanan bola sepak Piala Sumbangsih Antara Johor Darul Ta’zim menentang Kedah FA. Walaupun kali ini pergi keseorangan tanpa family berbekalkan sekeping tiket ia sudah cukup bermakna untuk merasai perlawanan pertama Liga Malaysia. Pengalaman Merasai suasana semasa perasmian Stadium Sultan Ibrahim tempoh hari sudah cukup membuatkan admin berasa bangga dengan pencapaian ini. Tipu lah jika admin Katakan tidak rindu dengan Larkin.

Pasti ramai yang sudah tidak sabar untuk menyaksikan perlawanan ini. Debaran siapakah yang akan muncul sebagai juara pastinya membuatkan ramai tidak senang duduk. Kepada yang akan pergi menonton di stadium, diharap dapat menghormati antara satu sama lain.

Doakan semoga perjalanan admin serta rakan-rakan semua selamat sampai dan selamat pulang dengan kejayaan…Amiiin

Photo By JOHOR Southern Tigers
Komen Anda?