Kami Bermula Dengan Baik Pada Awal 20 minit, Maloney

Skuad bawah 23 (B-23) tahun negara tersingkir awal dari saingan Piala Asia B-23 apabila tewas 0-3 di tangan Thailand di Stadium Bunyodkor, Tashkent, Uzbekistan, semalam.

“Kami bermula baik pada awal 20 minit, namun kemudian berubah. Saya akan berbincang dengan dengan pengurusan Football Association of Malaysia tentang kedudukan saya selepas ini sebaik pulang ke Malaysia nanti” – Brad Maloney

Sidang media jurulatih B23 Malaysia, Maloney sebaik tamat perlawanan menentang Thailand semalam.

Maloney mahu kekal latih Harimau Muda

Ketua jurulatih skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan Brad Maloney akan terus mengemudi skuad berkenaan menghadapi kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 selagi khidmatnya diperlukan.

Di petik dari laman Berita Harian, Ini selepas prestasi hambar skuad berkenaan yang tersingkir daripada Kejohanan Piala Asia B-23 2022 di Tashkent, Uzbekistan setelah tewas dalam dua perlawanan Kumpulan C menentang Korea Selatan dan Thailand.

“Ya, saya rasa begitu. Terlintas di fikiran saya, sesuatu yang jelas mungkin perlu berbincang dengan pihak pengurusan sebaik sahaja kembali nanti,” katanya dalam sidang media selepas ditanya jika beliau akan terus menjadi jurulatih pasukan berkenaan dan membuat persiapan untuk kejohanan seterusnya.

Skuad B23 kebangsaan tewas 1-4 kepada juara bertahan Korea Selatan pada Khamis lepas sebelum dibenam 3-0 oleh Thailand, malam tadi.

Pengendali dari Australia itu mempunyai kontrak sehingga Disember 2023.

Sementara itu, Maloney berkata beliau akan melakukan rombakan bagi skuad sedia ada bagi menghadapi perlawanan pelengkap Kumpulan C menentang Vietnam pada Rabu ini untuk sekurang-kurangnya membawa pulang satu mata.

“Kita akan menilai semula dan pasti akan melihat pemain bergilir untuk perlawanan seterusnya,” katanya.

Ditanya mengenai kekalahan skuadnya kepada Thailand, Maloney berkata anak buahnya mempamerkan persembahan memuaskan pada 20 minit pertama permainan sebelum gagal mengekang gol pendahuluan Thailand pada minit ke-23.

“Saya rasa beberapa pemain kita juga letih daripada perlawanan pertama dan seperti yang saya katakan, kita mengejar permainan dan perlu membuat beberapa perubahan untuk mencuba dan mendapatkan sesuatu daripada permainan,” katanya yang mengakui skuad Gajah Perang sememangnya layak mendapat tiga mata dengan aksi dipamerkan pemain-pemain negara itu. – BERNAMA Via Berita Harian

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?