Kami Berbangga Untuk Mengalu-alukan Kehadiran Borussia Dortmund

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), amat berbesar hati apabila gergasi bola sepak Bundesliga, Borussia Dortmund mengesahkan akan mengadakan perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim pada 28 November ini.

Kali terakhir kelab dari Jerman itu mengadakan aksi persahabatan pada 2015 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin dan kehadiran semula pasukan yang dibimbing Edin Terzić itu sempena program Jelajah Asia BVB 2022.

“Kami berbangga dan mengalu-alukan kehadiran Borussia Dortmund untuk perlawanan persahabatan kelab antarabangsa bertemu JDT pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim.

“JDT dan gergasi Jerman ini sudah mempunyai kerjasama yang baik sejak kolaborasi akademi dan perlawanan persahabatan di Stadium Larkin pada 2015.

“Ia adalah satu kebanggaan untuk menerima kunjungan semula pasukan yang memiliki reputasi tinggi seperti Borussia Dortmund dan kali ini beraksi di stadium baharu kami,” kata pemilik JDT yang Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim,

Sementara itu, Pengarah Urusan Borussia Dortmund Asia Pasifik, Dr L Suresh menegaskan kelab itu amat menghargai jalinan kerjasama dengan JDT dan Tunku Ismail yang memainkan peranan penting dalam kerjasama itu.

“Atas sebab itu, kami berbesar hati kerana dapat melangsungkan perlawanan ini sebagai sebahagian daripada Jelajah Asia pada tahun ini.

“Kami di BVB teruja untuk mengulangi kembali perlawanan yang pernah berlangsung tujuh tahun lalu dan menjangkakan sebuah pengalaman yang tidak boleh dilupakan pada aksi itu nanti,” kata Suresh.

Sumber : Harian Metro

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?