KALAU Ada Yang Terlupa, Izinkan Aku Mengingatkan

Pada 2 Mac 2013, enam pegawai dan anggota polis terbunuh dalam serangan hendap oleh pengganas Sulu di Kampung Simunul, Semporna, Sabah.

Di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu segalanya dizahirkan.

Hakim diberitahu, ketika mayat-mayat pegawai dan anggota polis ini dikeluarkan dari lokasi, ada mangsa telah dipenggal kepala mereka dan dicacatkan. Ada mangsa yang dicacatkan dengan otak dan mata kanan hilang daripada tengkorak serta terdapat kelaran pada mukanya.

Ada juga anggota polis terbabit yang mukanya telah dikoyakkan dan hanya kelihatan tulang. Malah salah seorang daripada enam anggota itu lehernya hampir putus dengan kepala dan tubuhnya hampir terpisah.

Pada Mac lalu, kita tidak mungkin lupa bagaimana Koperal Safwan Muhammad Ismail, 31, terbunuh setelah tercampak akibat dirempuh sebuah pacuan empat roda dipandu pemandu mabuk ketika mengadakan sekatan jalan raya (SJR) Op COVID-19 di Plaza Tol Kajang Selatan Lebuhraya LEKAS.

MEREKA ini adalah di antara ribuan warga PDRM yang telah terkorban akibat dibunuh sama ada oleh pengganas komunis, penceroboh atau penjenayah sewaktu menjalankan tugas untuk mempertahankan negara dan kita semua.

Justeru, waima kita marah, kesal atau kecewa sekalipun bila ada ‘pengkhianat’ dalam PDRM, jangan sekali kita ‘pukul rata’ seolah-olah pasukan itu telah hilang secara total integriti dan runtuh kredibilitinya.

Berpada-padalah dalam mengkritik. Tolong bezakan antara menegur dan mencaci. Jangan kerana marahkan nyamuk, habis rumah kita bakar rentung.

Salah mereka mungkin sepelaung, tetapi jasa mereka cecah segunung!

Dalam soal mesin judi ni, satu benda kena ingat, kita boleh marahkan taukeh judi, kita boleh marahkan PBT, kita boleh marahkan polis yang amik rasuah, at the end of the day kalau korang tak masuk dan berjudi kat dalam tu – semua benda ni takkan berlaku.

‘Penawaran’ berlaku bila ada ‘permintaan’.

Orang putih dalam pepatah mereka ada mengatakan – its takes two to Tango.

Orang Melayu kata tepuk sebelah tangan tak berbunyi.

Marah sakan ni sebab benci rasuah ke atau marah kat diri sendiri sebab bertaruh punyalah banyak cuma ciput je yang ko dapat CUCI?

Sumber : Syahril A. Kadir

KALAU ada yang terlupa, izinkan aku mengingatkan.Pada 2 Mac 2013, enam pegawai dan anggota polis terbunuh dalam…

تم النشر بواسطة ‏‎Syahril A. Kadir‎‏ في الاثنين، ١٠ أغسطس ٢٠٢٠

TERIMA KASIH SAUDARA SYAHRIL A. KADIR, SEMANGAT PASUKAN TIDAK PERNAH LUNTUR!

Setinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada Saudara Syahril A. Kadir yang sering mengetengahkan kisah keperwiraan warga pasukan keselamatan khasnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tatapan umum.

Selama 213 tahun Pasukan ini ditubuhkan, tugas menjaga keamanan dan kedaulatan negara semakin hari menjadi lebih mencabar dan kompleks.

Perjuangan berdepan dengan pengganas komunis, mematahkan serangan kumpulan militan, berkorban nyawa mempertahankan pencerobohon musuh di sempadan negara, hinggalah menjadi barisan hadapan dalam membendung wabak COVID-19, merupakan antara perjuangan warga PDRM yang pernah, sedang dan akan terus dilaksanakan selagi nyawa dikandung badan.

Besarlah harapan kami agar setiap titisan keringat dan darah perwira-perwira negara yang selama ini berjuang mempertahankan kesejahteraan rakyat akan terus dihargai dan dikenang buat selama-lamanya.

Sesungguhnya inilah jihad kami demi agama, bangsa dan negara. 🇲🇾❤️

Sumber: Syahril A. Kadir

TERIMA KASIH SAUDARA SYAHRIL A. KADIR, SEMANGAT PASUKAN TIDAK PERNAH LUNTUR!Setinggi penghargaan dan ribuan terima…

تم النشر بواسطة ‏‎Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )‎‏ في الثلاثاء، ١١ أغسطس ٢٠٢٠

Komen Anda?