Junior Eldstal Berterima Kasih Pada TMJ, Ini Dia Biodata Beliau

JUNIOR ELDSTAL KENANGKAN KERJAYA PROFESIONAL, BERTERIMA KASIH KEPADA JDT DAN DYAM TUNKU ISMAIL

Dalam sebuah program digital di England baru-baru ini, bekas pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Junior Eldstal telah bercerita tentang waktu beliau bersama skuad Harimau Selatan dan hubungannya dengan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Eldstal, yang telah bersara dari dunia bola sepak dan kembali ke England, mempunyai banyak kenangan manis sewaktu bersama Harimau Selatan dan menyamakan perpindahan beliau dari Sarawak ke JDT pada tahun 2014 seumpama dari Bournemouth FC ke Manchester City.

“Saya sebenarnya telah menandatangani perjanjian dengan Selangor tetapi perjanjian itu terbatal kerana mereka tidak membayar yuran pendaftaran, oleh itu kontrak itu menjadi tidak sah. Saya sedang bercuti ketika itu dan ejen saya menelefon untuk memberitahu bahawa JDT telah menyatakan minat mereka. Saya tidak perlu berfikir dua kali untuk itu,” jelas Eldstal dalam program yang berlangsung selama sejam itu.

“Saya memenangi segala-galanya di JDT… sembilan trofi, termasuk Piala AFC. Saya sungguh bersemangat pada dua tahun pertama tetapi saya kemudiannya dilanda kecederaan.

“Saya mula terfikir apa pula selepas ini dan ketika itulah saya memasuki industri pakaian. Walaubagaimanapun saya masih diberi kontrak baharu dan saya perlu berterima kasih kepada DYAM Tunku Ismail dan kelab JDT kerana terus memberi kepercayaan walaupun saya dilanda masalah dan kecederaan. Saya mempunyai hubungan yang begitu menakjubkan bersama DYAM Tunku Ismail dan JDT, malah ianya sehingga kini.

Eldstal kembali ke England pada penghujung musim 2018 dan kini sedang membangunkan aplikasi berkaitan kecergasan. Dalam program tersebut, beliau turut menjelaskan bahawa dirinya telah mencuba segala-galanya untuk kembali sebagai pemain bola sepak, termasuk mengupah jurulatih peribadi di Johor Bahru, tetapi walaubagaimanapun beliau tidak dapat kembali seperti waktu dahulu.

Layari program tersebut di link berikut: https://t.co/9Z4z3mXljs

Sumber : Johor Southern Tigers

Mixing work with pleasure | Arsenal vs Tottenham | 19.12.18 ?? @ Emirates. Stadium Arsenal

Biodata Junior Eldstal

Name : Putera Nadher Amarhan Maderner a.k.a Junior Eldstal

Birth Date : September 16th, 1991

Height : 1.87m (6 ft 3 in)

Position : Defender

Jersey number : 25

Junior Eldstål (lahir 16 September 1991) adalah pemain bola sepak Malaysia-Sweden yang bermain sebagai pemain tengah pertahanan untuk kelab Malaysia, Johor Darul Ta’zim FC dan pasukan kebangsaan Malaysia.

Beliau memulakan kerjayanya dengan Aldershot Town F.C, tetapi mewakili sebahagian besar pasukan rizab, yang akan mempunyai mantra selama tiga tahun dengan Farnborough F.C. di liga England. Pada bulan Mei 2013, beliau menandatangani perjanjian dengan FA Sarawak selepas percubaan yang berjaya kemudiannya dibeli oleh JDT selepas jendela pemindahan 2014.

Eldstål mewakili Malaysia di pelbagai peringkat, iaitu muncul di bawah 23 tahun pada Pesta Bola Merdeka 2013.

Info Bertarikh 29 Oktober 2018

JUNIOR ELDSTAL UCAP SELAMAT TINGGAL

Pemain bola sepak Malaysia, Junior Eldstal menerusi akaun Twitter mengejutkan peminat bola sepak tanah air apabila mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan kebangsaan dan juga Malaysia.

Menerusi video dan keyataan dua muka di Twitter, pemain yang juga dikenali sebagai Putera Nadher Amarhan itu meluahkan rasa bangga kerana diberi peluang beraksi selama 5 musim di negara ini.

Saksikan video tersebut melalui pautan di bawah:

Pemain tinggi lampai berusia 27 tahun itu memberitahu sudah tiba masanya dia kembali ke pangkuan keluarga dan menghabiskan lebih masa bersama mereka.

Junior Eldstal merupakan pemain tengah bertahan yang menyinar pada awal kemunculannya dalam kancah liga bola sepak tempatan bersama Sarawak sekitar 2013.

Corak permainan yang agresif dan fizikal sasa menjadikan anak kelahiran Sabah itu mendapat tumpuan peminat bola sepak tempatan. Berdarah kacukan Sweden, Junior tidak mengambil masa lama untuk dipanggil mewakili pasukan kebangsaan.

Tahun 2013, selain menyinar bersama pasukan Sarawak, Junior turut mendapat panggilan mewakili pasukan kebangsaan. Musim debuy yang cemerlang baginya.

Pada 2015, Junior menerima tawaran daripada pasukan juara Liga Super, JDT. Di kelab itu, Junior Eldstal lebih banyak bermain sebagai pemain bek tengah. Di kelab itu juga, dia mengecapi beberapa kejuaraan termasuklah Liga Super untuk 3 musim berturut-turut iaitu tahun 2015, 2016, 2017.

Junior Eldstal juga memenangi Piala FA serta Piala Malaysia masing-masing sekali pada tahun 2016 dan 2017. Piala Sumbangsih pula pada tahun 2015, 2016 dan 2018.

Lebih manis apabila Junior Eldstal membantu JDT mencatat sejarah memenangi kejuaraan AFC Cup pada 2015.

Namun kecederaan sentiasa menghantui pemain itu sehingga sukar untuk mempamerkan aksi terbaiknya. Pada musim 2018, Junior dipinjamkan ke JDT II.

Junior Eldstal, walaupun beraksi hanya 5 musim sahaja dalam kancah liga bola sepak tempatan, namun sentiasa diingati peminat terutamanya pasukan JDT.

All the best Putera Nadher Amarhan!!! – HIRUMA

Sumber Twitter Junior Eldstal dan Wikipedia, KLIQ Mews

Komen Anda?