Juara Liga Super 2022, Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan usaha untuk memperkuatkan pasukan menjelang saingan musim hadapan apabila membawa masuk bekas pemain skuad B-19 Tahun Sepanyol iaitu Juan Muniz.
Perkara ini dikongsikan oleh laman media Johor Southern Tigers menerusi video klip pendek kehadirannya di Stadium Sultan Ibrahim untuk meneruskan karier bersama JDT musim hadapan.
Welcome to JDT, the Home of the Champions!#NewSigning#OscarArribas#LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/W9kFphbVNL
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) January 8, 2023
Juan Muniz beraksi bersama kelab Liga Greece, Atromitos yang mana beliau beraksi bersama kelab itu sejak musim 2020.
Pemain berusia 31 tahun itu secara rasminya akan memperkuatkan pasukan Harimau Selatan dalam misi memburu kejuaraan pada musim hadapan.
Juan Muñiz merupakan bekas pemain Sporting Gijon di Sepanyol kali terakhir beraksi di Greece bersama Atrominos Athen musim lalu.
#LuaskanKuasamuJohor
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.