fbpx

JST Keluarkan Pelan Tempat Duduk Majlis Perasmian Stadium Sultan Ibrahim

Alhamdulillah… Teruja untuk melihat keindahanya yang bakal menjadi antara mercu tanda terbaru Johor Darul Ta’zim

Acara yang ditunggu-tunggu iaitu pembukaan rasmi Stadium Sultan Ibrahim yang serba canggih — ‘Home of the Southern Tigers’ — akan berlangsung pada 22 Februari 2020.

Aset terbaharu Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang berharga ini sedia untuk dirasmikan dengan penuh megah untuk menandakan satu lagi kebanggaan kelab dibawah kepimpinan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Raja.

PELAN TEMPAT DUDUK MAJLIS PERASMIAN STADIUM SULTAN IBRAHIM

Tempat duduk sewaktu Majlis Perasmian Stadium Sultan Ibrahim pada 22 Februari 2020 dibahagikan kepada dua kategori – ‘Reserved Sections’ dan ‘Free Entry Sections’.

‘Colosseum’ canggih Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dua tingkat ini akan dibuka kepada orang ramai untuk pertama kalinya dan ia bakal menjadi pembukaan gemilang yang wajib dihadiri.

Tingkat bawah dikhaskan untuk para Jemputan Istimewa, Boys of Straits, pemegang ‘Golden Pass’ dan pemegang tiket terhad Zon A yang tertakluk kepada ‘first-come first-serves’.

Tingkat atas (Zon A dan B ) dibuka kepada orang ramai yang telah memiliki tiket percuma yang mana ia perlu didapatkan di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin pada 19-21 Februari waktu pejabat.

Kepada yang tidak memiliki tiket pula dipersilakan untuk memeriahkan suasana karnival (bermula jam 10.00 pagi), menonton acara berlangsung melalui dua skrin LED besar dan menyaksikan pertunjukan bunga api yang menarik.

Stadium Sultan Ibrahim, 22 Februari 2020, bermula 7.00 malam – Pastikan anda berada di sana!

Photo by JOHOR Southern Tigers
Komen Anda?