fbpx

JPJ KL Mencipta Sejarah Sebagai Jabatan Pertama Punyai Anggota Unit Penguatkuasa Bermotosikal (UPB) Wanita

Akak JPJ ‘power’!

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) mencatatkan agensi pertama dalam JPJ Malaysia yang menggunakan khidmat anggota wanita bagi unit penguatkuasa bermotosikal (UPB).

Pengarah JPJ WPKL Datuk Ismail Mohd Zawawi berkata, sebagai permulaan seramai tiga anggotanya berjaya melayakkan diri untuk menyertai UPB yang ditubuhkan sejak 27 November 2015.

“Sebelum ini keanggotaan UPB adalah dari kalangan pegawai dan anggota lelaki saja.

“Namun, idea ini tercetus apabila saya mencabar beberapa anggota wanita untuk menyertai UPB dengan menunggang motosikal model Kawasaki Versys 650.

“Seterusnya, tiga anggota wanita JPJ WPKL iaitu Asma Shafie, 24, Siti Syazwani Hajizin, 27 dan Wah Moliz Bah Long, 28, menyahut cabaran ini dan menyertai kursus asas pengendalian motosikal kuasa tinggi selama lima hari bermula 4 Mac lalu.

“Tiga wanita terbabit berjaya membuktikan kemampuan mereka dengan menamatkan kursus terbabit walaupun terpaksa menempuhi pelbagai cabaran.

“Mereka berjaya menjadi kumpulan wanita pertama menyertai UPB di dalam JPJ Malaysia, lebih membanggakan apabila seorang daripada mereka iaitu Wah Moliz berjaya menjadi Orang Asli pertama di negara ini menyertai UPB,” katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis sambutan Hari JPJ ke-73 peringkat WPKL, di Kuala Lumpur, hari ini.

Ismail berkata, pembabitan tiga wanita dalam UPB itu membuktikan kebolehan kaum hawa untuk bersaing secara sihat dengan anggota lelaki.

Katanya, pembabitan anggota wanita dalam unit UPB juga dapat membantu JPJ untuk memberikan perkhidmatan yang berkesan kepada masyarakat.

“Tujuan utama UPB adalah untuk menjalankan penguatkuasaan secara lebih berkesan dan mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya.

“Kita harap lebih ramai anggota wanita yang mampu menyahut cabaran untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada jabatan,” katanya.

Sumber : Harian Metro

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencipta sejarah sebagai jabatan pertama yang mempunyai anggota Unit Penguatkuasa Bermotosikal (UPB) wanita di negara ini.

Tiga anggota wanita iaitu Wah Moliz a/p Bah, 28, iaitu anak Orang Asli dari suku Semai berani menyahut cabaran Pengarah JPJ untuk menyertai UPB bersama Asma Shafie, 24, dan Siti Syazwani Hajizin, 27.

Wah Moliz yang berasal dari Gopeng, Perak itu berkata minatnya terhadap motosikal berkuasa tinggi menjadi faktor beliau menyertai unit itu setelah menyertai pelbagai kursus yang ditetapkan oleh jabatan.

Video:-

Komen Anda?
Related Post
Plus Buka Stesen Penguatkuasa JPJ Di R&R

Lebuhraya Utara-Selatan di R&R Pagoh (Arah Selatan) Stesen Penguatkuasaan JPJ ketiga PLUS BUKA STESEN PENGUATKUASA Read more

JPJ Jalankan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Kepada Orang Ramai

Secara umumnya, tanggungjawab sosial korporat atau Corporate Social Responsibility (CSR) bermaksud kewajipan pengurusan sesebuah organisasi Read more

Sebuah Mini Cooper Antara 87 Kenderaan Disita JPJ Untuk Lelongan

Melaka, 22 Julai 2019:: Hari ini sidang media Pengarah JPJ Melaka telah diadakan bagi pemakluman Read more

JPJ Datang Ke Rumah, Bapa Perjelas Kenapa Biarkan Anak Duduk Di Atas Bonet

Sejak bebarapa hari lalu, tular satu rakaman video dan gambar di media sosial memaparkan sebuah Read more